Oleh pada 04 Mar 2017 kategori

Kebiasaannyaa sesebuah restoran akan menyediakan menu yang lengkap dengan nama hidangan dan gambar. Kadang-kadang ada restoran yang siap letak huraian hidangan lagi di bawah menu. Tetapi berlainan pula dengan sebuah restoran di Bangkok, Thailand ini yang hanya meletakkan emoji sahaja dalam menunya.

chef gaggan anand telah memenangi banyak anugerah melalui restorannya

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea kreatif di sebalik penggunaan emoji ini dicetuskan oleh chef terkemuka yang telah memenangi anugerah Michelin iaitu chef Gaggan Anand. Beliau menggambarkan hidangan ciptaannya sebagai masakan India progresif di restoran yang diberi nama "Gaggan." Restoran ini menyediakan menu yang berkonsepkan minimalis namun makanan yang disediakan adalah indah belaka.

antara hidangan kreatif di gaggan

Mesti pelanggan rasa sayang nak makan sebab cantik sangat kan.

Pada tahun ini, restoran ini telah memenangi anugerah 50 Restoran Terbaik Asia buat kali ketiga berturut-turut. Tidak hairanlah kenapa pelanggan sanggup bayar 4,000 baht (RM509) untuk menikmati puluhan hidangan kecil di sini. Memang satu pengalaman yang eksklusif dan unik sekali.

kekacang dalam plastik yang boleh dimakan

Antara menu kreatif hasil air tangan chef Gaggan termasuklah kekacang yang dibungkus menggunakan "plastik" yang diperbuat daripada kertas tepung ini. Nampak macam plastik real kan?

yang ini bentuk emoji hotdog 311

Selain meneka menu berdasarkan emoji, hidangan yang keluar dari dapur chef Gaggan juga boleh memperdaya mata yang melihat. Sebagai contoh, hidangan chutney dari India yang dibuat dalam bentuk hotdog dan wafer ini yang dihidangkan atas jagung tetapi sebenarnya mempunyai rasa lemon.

bentuk macam emoji jagung tapi rasa lemon

Kebanyakan hidangan di sini walaupun berkonsepkan menu kreatif India, namun ia juga mempunyai gabungan Jepun dan Perancis.

shami kebab di gaggan yang berupa sama dengan emoji ayam drumstick dan menu kiss me yang berupa seperti emoji bibir

Pelanggan rata-rata amat menyukai pengalaman makan di restoran ini dan berkata ia merupakan salah satu kenangan gastronomi yang tidak dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)