Bagi yang kaki gym, anda pasti arif tentang rutin senaman dan angkat berat. Ramai di kalangan kita apabila hendak mencantikkan bentuk badan, kita akan bersenam, sama ada di gym atau di kawasan luar. Namun, perlu kita tahu, senaman jenis apakah yang paling bagus untuk kita mencapai target yang kita inginkan.

Bagi yang berpengalaman, sudah pastinya anda tahu bahawa strength training itu adalah jauh lebih baik daripada senaman kardio. Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada fakta ini. Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda sebab kenapa strength training itu lebih bagus daripada senaman kardio.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Berlari hanya menguatkan otot bahagian bawah badan

running

Bagi sesiapa yang kerap berlari, pastinya anda mempunyai betis yang kental dan padat. Tapi, kalau anda hanya fokus kepada larian, anda hanya akan mempunyai kaki yang cantik sahaja. Memanglah ia menggerakkan semua bahagian badan kita, tapi ia masih tidak cukup untuk merangsang pertumbuhan otot di bahagian lain. Tapi ada pengecualian, iaitu berlari dengan memecut. Namun perlu ingat, pelari pecut bukan sahaja fokus kepada latihan larian, mereka juga melakukan strength training untuk memaksimakan kelajuan dan pecutan. Tapi realitinya, ramai yang berlari jarak jauh, bukan dengan memecut.

2. Berbasikal hanya membina otot peha dan menggalakkan postur yang tidak baik.

jaqueline men cycling gilet blue 05bis

Tidak dinafikan atlit berbasikal adalah antara yang mempunyai otot peha yang terbaik. Tak payah cari jauh-jauh, cuba tengok peha The Pocket Rocketman, Azizulhusni Awang. Bagaimana otot peha beliau. Dan tak ada senaman yang terbaik untuk membina otot peha melainkan dengan berbasikal, lebih-lebih lagi berbasikal secara berselang, laju dan perlahan.

Namun, perlu diingat, oleh kerana berbasikal banyak menggunakan peha dan pergerakan oleh lutut, ia langsung tidak memberikan impak untuk membina bahagian pinggul. Ini yang menyebabkan ramai orang yang berbasikal mengalami apa yang dipanggil "punggung leper". Otot peha sangat mengagumkan tetapi apabila ditoleh, punggung mereka kelihatan leper. Ia juga tidak baik untuk kesihatan kerana boleh membuatkan anda sakit pinggang di bahagian bawah. Dan juga, postur badan ketika berbasikal boleh membahayakan kesihatan. Bayangkan anda berjam-jam duduk di atas kerusi di pejabat, kemudiannya menyambung posisi itu dengan berbasikal.

3. Strength training lebih bagus untuk membina otot

7 metabolism

Ya memang benar berlari dan berbasikal ataupun apa-apa sahaja aktiviti yang baru dilakukan boleh membina otot, bagi yang baru saja berjinak dalam dunia senaman. Tetapi selepas beberapa ketika, potensi untuk membina otot akan semakin menurun dan apa yang anda dapat hanyalah stamina yang meningkat. Ya betul kelebihan anda terserlah bilamana anda boleh berlari memakai jaket yang berat, dan boleh tahan lantunan basikal ketika berbasikal, tapi anda tetap tak akan capai apa yang dipanggil pembinaan otot seluruh badan (whole body muscle development) yang hanya boleh dicapai dengan melakukan strength training.

4. Strength training lebih bagus dalam meningkatkan metabolisma anda

body building 820x400

Otot-otot anda adalah metabolisma anda, jadi kalau lebih banyak otot yang anda ada, lebih banyak kalori yang anda akan bakar ketika anda sedang rehat. Ya, kalau anda sedang rehat pon kalori akan dibakar. Kalau anda melakukan strength training, ia akan membuatkan otot anda koyak, yang akan meningkatkan metabolisma selepas anda bersenam ketika proses pemulihan dan pembaikan otot anda. Ya latihan larian dan berbasikal yang intensif dan berdurasi tinggi juga akan menyebabkan otot anda koyak lalu membuatkan metabolisma anda meningkat, tapi ia tidak sampai ke tahap sepertimana strength training. Dan yang paling penting, ia tidak menyeluruh ke semua bahagian otot.

5. Strength training mengurangkan risiko kecederaan.

achilles pain

Ketidakseimbangan yang dihasilkan oleh larian dan berbasikal terhadap badan kita oleh kerana pergerakan yang terhad dan pergerakan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan. Dengan melakukan strength training, anda akan dapat menguatkan sendi-sendi anda dan mengurangkan kecederaan. Sebab itu ramai atlit larian dan berbasikal melakukan strength training dalam senaman mereka. Ia akan menguatkan ketidakseimbangan dan memberi lebih tumpuan kepada pergerakan yang mana tidak dilakukan oleh larian dan berbasikal.

6.Berbasikal memerlukan basikal

new 8455797 cyclist wearing kneepflexx 113

Tak kiralah anda nak kayuh di dalam rumah atau luar rumah, anda perlukan basikal. Dan basikal yang bagus pula, sudah tentulah sangat mahal. Tapi bagi strength training, anda hanya perlukan badan anda sahaja, dan dimana sahaja. Anda boleh lakukan pull-up, plank, squat, lunges, dan banyak lagi. Dan tak payah keluarkan sesen pon.

7. Larian memerlukan treadmill atau cuaca yang baik

12 weather

Lebih kurang sama dengan point di atas. Kalau anda hendak berlari, sudah tentunya cuaca memainkan peranan yang penting. Cuba bayangkan kalau ketika itu musim hujan, atau terlalu panas, sudah tentu anda tak dapat nak berlari. Juga bahaya kalau berlari selepas hujan kerana permukaan jalan yang licin, dan jika cuaca terlalu panas, anda mungkin akan mengalami dehidrasi. Kalau nak berlari dirumah pula, anda perlukan treadmill. Siap sedialah untuk poket anda terkoyak.

8. Strength training boleh dilakukan dengan pelbagai cara

picture 211 800

Sudah tentu larian dan berbasikal tidak dapat dilakukan dengan cara yang berbeza. Ya memang anda boleh berbasikal dengan cara duduk atau berdiri, juga dengan cara menaiki dan menuruni bukit. Juga boleh dilakukan dalam persekitaran yang berbeza. Tapi ianya terhad kepada beberapa variasi sahaja.

Tidak seperti strength training, anda boleh melakukan push-up dengan berpuluh atau mungkin beratus cara. Itu baru satu senaman, bayangkan anda boleh lakukan pelbagai variasi sit-up, squat, dan bermacam lagi. Jadi dengan cara ini anda pasti tak akan berasa bosan, malah lebih enjoy ketika bersenam. 

Jadi, cara yang terbaik untuk bersenam dan mendapatkan tubuh yang cantik, adalah dengan melakukan kedua-dua jenis senaman ini, strength training dan senaman kardio!

Selamat bersenam!




Hakcipta iluminasi.com (2017)