Beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat lambakan acara-acara larian dan marathon yang dianjurkan di Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Penganjuran acara-acara ini dapat menarik ramai atlit-atlit elit untuk datang dan melawat Malaysia. Walau bagaimanapun, ramai orang yang silap faham maksud "marathon" itu sendiri.

Si A: Aku baru habis lari marathon minggu lepas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Si B: Berapa KM?

Si A: 10km sahaja.

Ini contoh biasa perbualan yang biasa kita dengar. Mengikut definisi sebenar, marathon merujuk kepada acara larian dengan jarak 42.195km, atau anggaran 42km. Mana-mana acara larian yang kurang daripada ini tidak dipanggil sebagai marathon. Oleh itu, sekiranya anda ingin menganjurkan aktiviti larian tetapi jaraknya kurang daripada 42km, elakkan menggunakan perkataan marathon kerana khuatir ianya akan mengelirukan peserta. 

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menganjurkan aktiviti larian dengan jarak 10km di Klang, maka:

Salah: Klang Marathon

Betul: Klang 10km Run, Klang Run, atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai.

Sejarah Sukan Marathon

sejarah acara marathon

Acara marathon merupakan acara standard dan wajib bagi setiap penganjuran karnival sukan di dunia seperti Sukan Sea, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan lain-lain.

Acara Marathon ini diambil sempena satu peristiwa ketika zaman Greece. Askar Pheidippides ketika itu tela berlari dari kawasan pertempuran di bandar Marathon, Greece ke bandar Athen pada tahun 490 M.S. Mengikut sejarah, askar tersebut telah berlari sejauh 25miles untuk menyampaikan berita mengenai kekalahan tentera Parsi kepada orang Athens. Setibanya di sana, beliau menyampai mesej "Niki" yang bermaksud "menang", kemudian mati.

latihan acara marathon

Oleh itu, Pierre de Coubertin, pengasas  International Olympic Committee telah menganjurkan secara rasmi acara Marathon pertama ketika Sukan Olimpik Athens pada 1896. Acara itu bermula di Jambatan Marathon ke Stadium Olimpik di Athens, dengan jarak kira-kira 24.85miles, atau 40km. Spiridon Louis memenangi acara marathon pertama dalam masa 2jam 58minit 50 saat. Daripada 25 penyertaan, hanya 9 peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan tersebut.

Perubahan kepada jarak 26.2 miles atau 42.195km

Ketika Sukan Olimpik London 1908, acara larian marathon ini bermula di Windsor Castle ke Stadium White City, kira-kira 26miles. Walau bagaimanapun, kerana permintaan daripada kerabat diraja agar acara berkenaan tamat di kawasan tinjauan kerabat diraja di Stadium White City, maka jarak 385 yards ditambah.

marathon moden

Setelah 13 tahun berbincang, akhirnya International Amateur Athletic Federation (IAAF) telah menetapkan jarak pada Olimpik 1908 sebagai jarak rasmi acara marathon. Oleh itu, 26.2 miles atau 42.195 km diisytiharkan sebagai jarak rasmi acara marathon.

Kini, terdapat kira-kira 500 acara marathon dianjurkan di seluruh dunia pada setiap tahun dengan penyertaan besar kebanyakannya daripada pelari amatur.

Kredit: Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)