Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Ramai di antara kita (ramai?) meluangkan masa untuk melakukan sit-up untuk mengempiskan perut supaya kelihatan bergaya. Walaupun begitu, apa yang anda buat itu sebenarnya tidak memberikan kesan.

Kenapa Saya Sit-Up Hari-Hari Tapi Saya Tak Dapat Pun Six Pack Yang Saya Idamkan?

Menurut pakar pelatih selebriti, Nicola Addison, rahsia untuk mendapatkan perut yang kempis dan berotot bukanlah dengan melakukan sit-up.

Mengikut beliau, terdapat banyak salah tanggapan orang ramai berkenaan lemak di dalam badan khasnya di bahagian perut. Sit up tidak akan memberikan anda perut yang kempis walau bagaimana kuatpun anda melatih otot anda, selagi lapisan luar otot perut ditutupi oleh lapisan lemak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu mitos berkenaan pembuangan lemak yang selalu orang mudah percaya ada jika kita berusaha menguatkan otot di bahagian yang kita latih, lemak akan turut sama dibuang. Itu adalah mitos.

Cara yang sebenar adalah dibahagikan kepada 4 cara secara amnya yang perlu dituruti untuk mendapat hasil yang memuaskan;

Bina otot anda di seluruh badan

Rajinkan diri untuk melakukan aktiviti mengangkat berat. Apabila kita melakukan sesuatu yang memerlukan pergerakan otot, kalori akan dibakar. Otot pula adalah tempat di mana kalori dibakar.

Fokus pada aktiviti yang menyeluruh

essential post workout stretches w1

Telah dibuktikan yang rutin melakukan aktiviti mengangkat berat menambahkan tahap metalobisme kita sebanyak 15 peratus. Gabungkan pelbagai jenis latihan yang menggunakan pelbagai jenis otot ke dalam latihan anda.

Senaman Planks

plank variations workout routine

Senaman ini nampak mudah tetapi sebenarnya amat susah hendak dilakukan. Melakukan aktiviti planks sebagai rutin mampu memperkuatkan abdomen dan mengempiskan perut.

Jaga Diet Pemakanan

food pyramid 1 1

Diet yang mengandungi makan yang telah diproses, gula, garam dan lemak tidak akan membantu. Fokuskan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan tersebut dan lebihkan kepada pengambilan protein untuk membantu anda mengempiskan perut anda.

kemaskini : 12 March 2018




Hakcipta iluminasi.com (2017)