sajat muncul dalam program realiti

Kredit foto: Instagram Sajat

Penyanyi dan usahawan sensasi, Nur Sajat mengajak netizen yang sering menghentamnya di laman sosial untuk sama-sama menyaksikan program realiti terbaharunya, Nur Sajat Rated Xtra di portal nombor satu negara, Tonton.

Siri vlog yang dilancarkan pada Khamis lalu dengan tayangan dua episod pertama secara percuma itu mengetengahkan 30 episod kehidupan usahawan selebriti berusia 33 tahun ini dengan memberi fokus kepada pembabitannya dalam dunia perniagaan.

"Sebanyak 70 peratus mengetengahkan saya berkongsi pengalaman berniaga serta memberi tips menjadi usahawan berjaya. Selebihnya akan mengetengahkan kehidupan peribadi, keluarga dan rakan-rakan.

"Mana-mana perniagaan sekarang perlu bayar untuk servis. Jadi, peminat dan 'haters' yang sering mengecam saya, mahu atau tidak memang perlu langgan tonton untuk melihat episod selebihnya," katanya menurut Harian Metro, dalam sidang media pelancaran yang berlangsung di Bukit Jalil.

Mengulas lanjut, usahawan produk kecantikan itu berkata, babak yang dimuatkan dalam vlog berkenaan adalah paparan sebenar dan bukanlah aksi yang dilakonkan.

"Penonton berpeluang melihat kehidupan saya dengan lebih eksklusif. Saya marah dan tersalah cakap turut dipaparkan tanpa saringan," katanya.

Episod terbaru Nur Sajat Rated Xtra diterbitkan setiap Rabu dan Khamis dan sudah mula ditayangkan sejak 28 Februari lalu menerusi portal Tonton.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan diskaun langganan tahunan sebanyak 50 peratus yang ditawarkan untuk ahli baru VIP dengan penggunaan kod promosi yang boleh didapati di laman web www.tonton.com.my.

Tawaran promosi dari 1 hingga 15 April ini.

Antara lain, Tonton menawarkan peraduan khas di www.xtra.com.my dengan hadiah jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa bersama Nur Sajat. Cara menyertai peraduan hanya perlu menjawab soalan berkenaan usahawan itu berdasarkan siri vlog yang disiarkan. 


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)