Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Selepas kejayaan single "I Am Me" oleh Datuk Seri Vida, kini giliran usahawan kosmetik Nur Sajat pula untuk mempertaruhkan nasibnya sebagai penyanyi dalam lagu duet bersama Datuk Aliff Syukri.

Menurut Sajat, dia menerima tawaran tersebut daripada sebuah syarikat rakaman.

Namun niatnya bukanlah untuk serius dalam karier nyanyian, sebaliknya hanyalah sebagai strategi pemasaran produknya. 

selepas datuk seri vida kini giliran sajat dan aliff syukri bergelar penyanyi 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Saya menerima tawaran itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaan. Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu harus kena dengan konsep dan jiwa saya.

Sumber: Astro Gempak & Harian Metro

Tambah Sajat lagi, dia juga sanggup melakukan persediaan vokal sebelum memasuki studio.

selepas datuk seri vida kini giliran sajat dan aliff syukri bergelar penyanyi 3

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Malah usahawan kosmetik itu mendedahkan dia mempunyai citarasa muzik yang tersendiri. 

Saya lebih menggemari lagu rancak. Saya juga bersedia untuk menghadiri kelas vokal sekiranya lagu itu sudah siap untuk dirakamkan. Saya tidaklah serius mahu terlibat dengan bidang muzik, tetapi saya anggap ini sebagai satu strategi pemasaran dan perniagaan. Saya tak mahu ulas lanjut lagi kerana masih belum ada perjanjian hitam putus. Apabila semuanya sudah ada kata putus, nantikan pengumuman lanjut dari saya.

Sumber: Astro Gempak & Harian Metro 




Hakcipta iluminasi.com (2017)