Kredit foto: Instagram Sajat

Tidak mampu dinafikan, apa sahaja perkembangan yang dikongsi usahawan kosmetik, Nursajat sentiasa mendapat perhatian meluas media.

Tidak hanya itu, netizen juga sering memberi reaksi menerusi ruangan komen perkongsiannya di laman sosial, sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Secara tidak langsung, Sajat mampu tersenyum kerana populariti yang diraih daripada publisiti pelbagai isu hangat dan kontroversi yang melanda.

Terkini, pelantun Abang Nak Tegur ini tampil memuat naik foto kejutan hari kelahirannya yang ke-28 berlangsung dua hari lalu, menerusi entri akaun Instagram peribadinya.

sajat dapat hadiah istimewa sempena hari lahir 2

Kredit foto: Instagram Sajat

“Terima kasih untuk semua ini. Tengah malam buat kejutan untuk saya. Terima kasih sebab buat perancangan ini semua. Betul-betul kena prank lah,” tulis Sajat.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan adalah hadiah istimewa berupa rantai yang diterima daripada teman istimewanya, Coach Yin.

“Terima kasih couch_yin untuk hadiah rantai cantik ini. Terima kasih untuk kejutan hari lahir ini. Nasib umur baru 28 tahun,” katanya.

Sehingga kini foto itu menerima lebih 47,000 tanda suka dan hampir 1,500 komen daripada para pengikut.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)