kenyataan fasha sandha tentang sajat cetus perdebatan 1

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Aktres Fasha Sandha mendapat perhatian ramai apabila tampil memuat naik sekeping foto mesra bersama usahawan sensasi, Nur Sajat.

Menerusi kapsyen, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, menulis kata-kata nasihat kepada netizen agar tidak menghakimi insan lain hanya berdasarkan pengamatan daripada aspek luaran.

Kapsyen itu antara lain mengandungi ucapan semangat Fasha buat rakan baiknya yang sering menjadi bahan ejekan itu.

“Jangan menilai orang dari luaran, Kita pun tak tau hati kita bersih atau tidak. Dia yang saya kenal, seorang yang pentingkan keluarga dan kerjayanya. Bangun awal pagi, dan patuh pada keluarganya. Siapalah kita untuk menilainya.

“Janganlah hina orang sedemikian rupa, kita tak tahu apa nasib kita di kemudian hari. Kita juga ada keluarga, bayangkan apa yang dia lalui, terjadi pada kita atau keluarga kita. Sis @nursajat02 apa pun jadi, kuat kan diri. Terus perjuanganmu dalam perniagaan dan terus berjaya!" tulis Fasha. 

Pelakon filem Badang itu juga mengingatkan netizen tentang sifat manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa. Justeru, tiada sebab kita perlu menilai manusia lain kerana hakikatnya, kita tidak mengetahui nasib mereka di masa hadapan.

“Setiap insan yang hidup di muka bumi ini tidak sempurna. Mana tahu, esok dia jauh lebih baik dari kita semua,” kata Fasha lagi. 

kenyataan fasha sandha tentang sajat cetus perdebatan 2

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Entri itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, sama ada yang menyokong mahupun yang tidak berpuas hati.

Kemudiannya, netizen berdebat sesama sendiri selepas menyedari perbezaan dalam penerimaan mereka terhadap kata-kata yang diluahkan aktres itu.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)