nur sajat sedia ambil tindakan undang undang 1

Kredit foto: says.com 

Kerapkali dipalitkan dengan fitnah dan tuduhan tidak berasas, usahawan kosmetik Nur Sajat akhirnya tampil dengan sebuah kenyataan tegas. 

Menurut Sajat, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan.

nur sajat sedia ambil tindakan undang undang 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini. Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan relief sewajarnya di bawah undang-undang.

Amaran tersebut dipercayai dikeluarkan kerana fitnah yang berleluasa sejak foto-foto beliau bersama seorang lelaki berbadan sasa dimuat naik ke laman Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Sajat, foto-foto tersebut hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran produknya dan tiada kaitan dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak. 

nur sajat sedia ambil tindakan undang undang 3

Kredit foto: Instagram Nur Sajat


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)