Pakar menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Dr Mohd Izwan Md Yusof, mewakili pihak Jakim menafikan dakwaan Papagomo yang mengatakan pihak mereka mengesahkan jantina Nur Sajat sebagai lelaki.

Menurutnya, Jakim masih dalam proses mengenalpasti identiti sebenar usahawan kosmetik itu. 

Difahamkan, Sajat juga telah bersetuju untuk melalui proses berkenaan. Namun pengesahan akan melibatkan Pakar Kajian Syariah sebelum keputusan dibuat dan dihebahkan kepada netizen.

penafian terkini jakim tentang jantina sajat 2

"Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum," kata Izwan dalam kiriman Facebook petang semalam.

Sebelum ini, Papagomo menerusi sebuah video mendakwa pihak Jakim telah menghubunginya dan memaklumkan jantina sebenar Sajat, iaitu seorang lelaki.

Kenyataan Papagomo itu antara lain mengatakan Jakim terpaksa menutup mulut daripada menghebahkan jantina sebenar Sajat kepada umum atas permintaan usahawan kosmetik itu.

Papagomo memberitahu dia turut menyimpan salinan kad pengenalan Sajat sebagai bukti beliau adalah lelaki.

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Sumber berita: Mstar & Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)