fesyen juara lagu sajat disamakan dengan lalat ini reaksinya

Kredit foto: Sinar Harian

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat, mendapat tumpuan hebat sewaktu menghadiri acara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung pada Ahad. 

Gaun sequein pereka kesayangannya, Gie, yang dikenakan menjadi buah mulut netizen di media sosial.

Persalinan itu menjadi tular hingga ada yang menyamakannya dengan lalat hijau.

Bercakap kepada portal Sinar Harian, Sajat akui beliau menyedari hal tersebut dan telahpun melihat foto yang dimaksudkan.

"Ya saya ada tengok juga gambar berkenaan. Tak mengapalah. Biarlah orang nak kata apa pun sebab tak kan lah saya nak marah dengan apa andaian orang. Tak kisahlah kalau nak labelkan baju kita pakai macam lalat ke apa ke. Ada pemikiran sesetengah orang macam terlalu eksotik dan kita tidak boleh sekat fantasi orang," luah Sajat.

Begitupun, Sajat masih merakamkan penghargaan kepada yang mengecamnya, selain menyatakan dia hanya mampu berfikiran positif menerima usikan nakal itu.

Mengenai perkembangan karier seni, Sajat sedang menunggu waktu sesuai untuk melancarkan single sulungnya yang juga menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penampilan istimewa.

Malah beliau akan terlibat dalam sebuah rakaman program televisyen online dalam tempoh terdekat ini.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)