luahan sajat sempena hari lahir 1

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman berhasrat untuk tidak bersengketa dengan mana-mana pihak sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-33.

Sajat berkata, beliau mahu hidup dengan lebih tenang untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai segi.

“Impian saya adalah untuk terus maju dalam semua segi. Saya juga nak bekerja dan hidup dengan tenang tanpa ada musuh atau bergaduh dengan sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau membuat kenyataan sewaktu majlis doa selamat sempena ulang tahun kelahirannya, yang berlangsung di Wisma Nur Sajat, Shah Alam.

luahan sajat sempena hari lahir 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Dalam pada itu, pelantun Abang Nak Tegur ini redha dengan asakan pelbagai ujian biarpun baru memasuki bulan kedua tahun 2018. 

“Walaupun saya dilempar dengan pelbagai tuduhan dan kata-kata negatif, saya terus kuat bertahan.

“Orang sentiasa cuba mencari kesalahan saya dan mengaibkan saya dengan pelbagai kecaman.

“Namun, saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat tak pernah berhenti memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sajat bakal terbit dengan single terbaharu berjudul Makhluk Penggoda.

Majlis kesyukuran dan doa selamat itu antara lain dimeriahkan dengan kemunculan kaum keluarga serta 80 anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)