Oleh pada 03 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Usop

     

Peserta Big Stage 2020 (BS2020), Usop terbuka hati dalam mendedahkan keputusan sebenar yang diperolehnya dalam subjek bahasa Inggeris untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Usop berkata, dia akur apabila rezekinya tidak berpihak dalam dunia pengajian meskipun gigih menghadiri sesi persekolahan setiap hari.

“Keputusan SPM saya untuk bahasa Inggeris adalah E.

“Kalau boss-boss saya sembang, memang saya buat-buat faham. Tengok kawan-kawan artis lain berbahasa Inggeris, saya angguk sahaja.

“Nak kata saya orang kampung, saya bukanlah kampung sangat pun. Saya dulu hari-hari pergi sekolah cuma tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran," katanya memetik laporan Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan ketika sidang media konsert ketiga (minggu 3) Big Stage 2020 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Dalam pada itu, Usop berkata, dia memahami serba sedikit mengenai bahasa berkenaan, namun masih lemah dalam aspek komunikasi.

    

Baca: Biodata Usop

    

usop mentor

Kredit foto: Instagram Usop

   

“Saya faham sikit-sikit bila orang cakap dan tak pandai nak balas balik. Tujuan masuk BS2020 ni pun saya nak memperbaiki diri saya, saya memang nak belajar bahasa Inggeris,” katanya yang berkecimpung dalam bidang muzik atas dasar minat.

Katanya, dia menerima jika kekurangannya itu menjadi 'bahan' orang sekeliling kerana sudah terbiasa dengan kutukan sebelum bergelar penyanyi.

“Saya okay sahaja bila orang mempersendakan saya sebab sebelum jadi selebriti lagi, kat luar tu macam-macam saya dah kena.

“Jadi bila saya masuk industri dan BS2020 ni, insya-Allah saya kebalkan diri saya,” katanya positif.

Konsert Big Stage 2020 menemui penonton dalam siaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Untuk info lanjut mengenai Big Stage 2020, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

         

Kredit video: RiaXpose : USOP BUKA CERITA KEKASIH LAMA. "AKU DITINGGALKAN" // BIG STAGE 2020

    

Sumber berita: Mengaku Tidak Pandai English, Oh.. Rupanya Ini Keputusan SPM Bahasa Inggeris Usop

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)