Oleh pada 15 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Usop & Instagram Sandra Dianne

    

Peserta Big Stage 2020, Usop merupakan antara yang terkesan dengen pemergian mengejut rakan seangkatannya, Sandra Dianne.

Usop berkata, pelbagai kenangan manis disimpan bersama penyanyi lagu Hey Kau itu yang sudah dianggapnya seperti seorang kakak.

Kenangan terakhir mereka sebelum kemalangan, antaranya apabila penyanyi itu menyapanya dengan nama panggilan 'Baby'.

“Sandra ni macam kakak-kakak sahaja, saya goyang sikit nak kacau dia tapi benda yang saya tak boleh lupa apabila dia panggil saya baby.

"Terakhir panggilan itu semasa Sandra pakai baju putih persembahan bersama Sufi," katanya memetik laporan Mstar.

Usop berkata, panggilan 'baby' yang diungkapkan Sandra bagaimanapun tidak bermaksud mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Namun, penyanyi Selamanya itu tidak menafikan berasa terkejut berikutan panggilan itu langsung tidak diduganya lahir daripada mulut wanita berkenaan.

    

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: "Sebelum Meninggal Dunia.." - Ini Rupanya Berlaku Sebelum Sandra Dianne Hembuskan Nafas Terakhir Selepas 6 Hari Kemalangan

Baca: Ibu Sandra Dianne Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Pada Anaknya Di ICU Selepas Kemalangan

Baca: Cikgu Shafi Dedah Beberapa Peristiwa Seminggu Sebelum Sandra Dianne Kemalangan

Baca: Sebelum Kemalangan, Ini Permintaan Terakhir Sandra Dianne.. Petanda Bakal 'Pergi'?

Baca: Sandra Dianne Meninggal Akibat Kemalangan, Ada Sesuatu Ingin Diperkatakan Neeta Manisha

Baca: "Selepas Kemalangan, Sandra Dianne Sebenarnya Sudah Stabil, Tapi.." 

   

sandra kemalangan 969

Kredit foto: Instagram Usop

   

“Ini bukan soal cinta atau apa tapi saya dah anggap dia sahabat. Saya ni susah nak rapat dengan perempuan, apabila dia panggil baby saya terkesima juga!” katanya secara berjenaka.

Terdahulu, Sandra meninggal dunia pada pagi 11 September selepas lima hari terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya rentetan kemalangan jalan raya yang dialaminya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu, sewaktu dalam perjalanan ke Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya untuk menjayakan raptai penuh Konsert Keempat (Minggu 4) Big Stage 2020.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada hari sama kira-kira pukul 6 petang.

   

Sumber berita: “Terkesima Sandra panggil saya Baby” - Usop teringat malam terakhir persembahan!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)