Oleh pada 11 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @usopofficial

     

Lirik

Lagu: Selamanya

Penyanyi: Usop

Komposer: Bulan Penuh & Ziin

Lirik: Bulan Penuh

    

Puas aku utuskan surat cinta

Namun kau balas dengan derita

Mengapa tidak kesampaian

Untuk aku milikimu

      

Mengapa kita

Kasih yang terpisah

Bersatu cumalah hati

Menangis sedih biarlah

Ku temui di taman fantasi

     

Hasrat aku hanya memilikimu

Berkejar di alam fana cinta

Senyummu tiada ternilai

Tapi semua hanya dusta

      

Tapi

Malam-malam indah kian bercelaru

Mendoakan agar kau temui cinta

Sampai hujung nyawa

    

Kredit video: Youtube Rocketfuel Network

     

Info

  • Nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor, namun menggunakan gelaran 'Usop' dan 'Usop Mentor' sebagai nama pentas.
  • Pemuda berusia 22 tahun ini berasal dari Lunas, Kulim, Kedah.
  • Namanya meledak selepas diangkat sebagai naib juara rancangan pencarian bakat nyanyian siaran TV3, Mentor Milenia pada tahun 2017.
  • Bakatnya dikesan oleh penyanyi Hazama yang juga bertindak selaku mentornya dalam program realiti berkenaan.
  • Kini Usop menandatangani kontrak sebagai artis di bawah naungan label, Rocketfuel.
  • Video muzik single terbaharunya, 'Selamanya' menduduki tangga pertama carta 'trending' di Youtube yang juga sehingga kini jumlah tontonannya sudah mencecah angka 650,000.
  • Lagu terbaharu itu juga boleh didapati di semua platform penstriman muzik.
  • Terlebih dahulu, beliau mencipta nama menerusi beberapa single lain seperti Aku Yang Bersalah, Matahari dan Nama Terindah (OST filem Badang).

     

lirik lagu selamanya usop 2

Kredit foto: Instagram @usopofficial

     

Sumber:

1. Kosmo

2. Utusan

3. Youtube Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)