Oleh pada 15 Apr 2017 kategori

Kredit foto: erazfadli.com

Kehilangan bekas penyampai stesen radio Sinar FM, Reza Mohamed akhirnya terjawab apabila baru-baru beliau tampil menceritakan perkembangan terbarunya. 

Menurut Reza, beliau kini sibuk mengendalikan kerja-kerja di belakang tabir. 

Terdahulu, karier Reza di Sinar FM berakhir pada Jun 2015. Sejak kehilangannya, ada dakwaan yang mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Ketiga ini 'hilang' kerana terkena buatan orang.

Bagaimanapun, Reza menafikan khabar angin yang tersebar. 

reza bekas penyampai radio terkena buatan orang 2

Kredit foto: Mstar

Tak benar kisah saya tak sihat kerana terkena buatan orang. Sebenarnya, saya lebih banyak bekerja di belakang tabir termasuk menyumbang suara untuk iklan, menterjemah skrip dan mengacarakan majlis korporat. Saya juga menganjurkan kelas pengucapan awam bagi mereka yang berminat menjadi pengacara dan penyampai radio.

Sumber: BH Online

Reza turut mengulas tentang isu kebanjiran pelawak yang diambil sebagai hos dan penyampai radio. Menurutnya, trend tersebut sedikit sebanyak membuatkannya lebih terbuka kepada persaingan. 

reza bekas penyampai radio terkena buatan orang 3

Kredit foto: malaysiandigest.com

Saya cuba pulihkan apa yang tak betul. Saya tanya lagi apa yang tak kena dengan diri ini. Dengan berdepan persaingan hos dan penyampai radio baharu, saya kena bersifat terbuka. Bagaimana saya nak bersaing dengan mereka terutama dengan aliran pelawak yang ditawarkan menjadi hos dan penyampai radio? Persaingan itu ada di mana-mana, saya tak boleh mengalah.

Sumber: BH Online

Menyentuh tentang perkembangan terkini aktiviti seninya pula, Reza bakal tampil mengacarakan Konsert Nova 2017 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 5 Ogos depan. 

Konsert tersebut antara lain membariskan penyanyi popular Malaysia dan Indonesia seperti Judika, Chakra Khan, Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah.

Saya berterima kasih kepada penganjur yang sudi menawarkan tugas itu kepada saya. Lusa saya akan terbang ke Indonesia untuk promosi konsert ini.

Sumber: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)