Oleh pada 11 Jun 2019 kategori

pendedahan mengejutkan jaa suzuran sudah tinggalkan radio era ini puncanya 1

Kredit foto: Instagram @jaasuzuran

       

Jaa Suzuran berkongsi dirinya sudahpun meninggalkan stesen radio Era sejak hujung tahun lalu dan memilih untuk tidak lagi menyambung kontrak.

Jaa atau nama penuhnya, Mohammad Faizal Ahmad memberitahu, perkembangan karier seninya yang semakin baik menjadi punca dia memilih untuk memberi tumpuan kepada bidang itu.

"Saya bukan lagi penyampai atau DJ di stesen tersebut sejak hujung tahun lalu dan memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama mereka.

"Lima tahun bersama mereka, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bergerak sendiri dan mencuba bidang yang lain pula.

"Jadi DJ ini memerlukan komitmen masa yang agak tinggi, susah nak susun jadual lakonan, jadi saya perlu korbankan bidang penyampaian radio ini," katanya kepada portal Mstar.

Sementara itu, Jaa menegaskan dia tidak mempunyai sebarang isu dengan pihak pengurusan radio terbabit.

Menyentuh mengenai hubungan mereka, Jaa berkata, mereka masih lagi berhubung, malah dia menerima sokongan baik daripada stesen tersebut.

       

pendedahan mengejutkan jaa suzuran sudah tinggalkan radio era ini puncanya 2

Kredit foto: Instagram @jaasuzuran

      

"Saya keluar secara baik dan tak ada sebarang masalah atau isu, sehingga kini mereka masih memberi sokongan kepada saya.

"Bayangkan lima tahun bersama Era, banyak pengalaman dan ilmu saya dapat, dari seorang pemuda yang datang dari kampung dan akhirnya bina nama sampai tahap ini.

"Sekarang ini pun orang ramai masih panggil saya Jaa Era, mungkin orang belum tahu saya dah keluar radio Era. Tak apa, saya tak kisah dengan panggilan itu sebab memang di situ saya memulakan karier ini," katanya.

       

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)