Oleh pada 19 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/ctdk

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini ada mengemaskini status menerusi akaun Twitter supaya lagu barunya yang berjudul 'Segala Perasaan' diputarkan di stesen radio terkenal Era FM.

Meskipun telah dilancarkan secara rasmi pada April lalu, lagu tersebut masih tidak dimainkan di stesen radio berkenaan. Tweet tersebut diulang siar sebanyak mencecah 100 kali oleh para pengikutnya yang rata-rata terdiri daripada peminatnya sendiri yang dikenali sebagai 'Siti Zoners'.

Tidak lama selepas itu, stesen radio Era FM bertindak membalas tweet tersebut dengan meminta supaya para peminat Datuk Siti terus membuat permintaan lagu tersebut supaya ianya dapat dimainkan.

datuk siti nurhaliza minta radio putarkan lagu sendiri di twitter 1

Kredit foto: Twitter.com/CTNurhaliza11

Namun, rata-rata pengguna Twitter meluahkan ketidakpuasanhati mereka terhadap stesen radio berkenaan yang disifatkan sebagai 'pilih bulu' dalam memberikan peluang yang lebih kepada lagu nyanyian artis baru.

Malah, terdapat segelintir netizen yang mengatakan mereka sudah mengundi dan meminta lagu tersebut sejak Jun lepas tetapi kedudukannya masih tidak berganjak.

Untuk pengetahuan, lagu 'Segala Perasaan' dihasilkan oleh komposer Ivan Lahardika dan merupakan salah sebuah lagu dalam album ke-17 penyanyi tersebut yang bertajuk 'SimetriSiti'.

Sumber berita: mStar Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)