Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Utusan Online & Instagram Akademi Fantasia

Fesyen penyanyi Idayu pada Konsert Keempat AF Megastar menjadi bahan sindiran sutradara terkenal Michael Ang.

Tidak dinafikan vokal dan persembahan penyanyi itu amat memukau pada malam tersebut, namun Michael dilihat terganggu dengan gaya rambut dan jaket yang dikenakannya sewaktu mempersembahkan lagu Sesal Separuh Nyawa (nyanyian asal Datin Alyah).

michael ang sindir penampilan idayu 2

Kredit foto: Twitter Michael Ang

"Siapalah letak Kuih Koci atas kepala Idayu ni?

"Idayu bagus malam ini! Cuma tak boleh terima Kuih Koci atas kepala dan jaket yang macam dari filem hindustan 70-an," tulis Michael dalam laman Twitter.

Sesetengah peminat Idayu berasa terkesan dengan kritikan yang dilontarkan, namun ramai juga netizen yang berfikirkan terbuka kerana menganggap sutradara itu hanya berjenaka.

"Kuih koci? Saya ingatkan macam sanggup perempuan berpantang," respon seorang pengguna Tiwtter bernama @Syafiee_Ali.

Bagaimanapun, Idayu berjaya meraih markah keseluruhan terbanyak dalam konsert Ahad lalu iaitu sejumlah 62.6 peratus sekaligus mengenepikan sembilan saingannya yang lain.

Keputusan dibuat berdasarkan format pemarkahan 60 peratus penilaian juri profesional dan 40 peratus undian penonton melalui SMS dan laman web.

Juri profesional terdiri daripada dua juri tetap iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat bersama juri undangan mingguan, Joe Wings.

Selain Idayu, 8 peserta yang layak mara ke minggu hadapan adalah Marsha, Bob, Syamel, Amir Jahari, Shahir, Indah Ruhaila, Sufi dan Amir.

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)