ini punca sebenar mawi tak sertai af megastar

Kredit foto: astroawani.com

Penyanyi Mawi akui tidak menyertai pertandingan AF Megastar kerana enggan tertekan dengan suasana bertanding.

Tambahan pula, Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga itu sudah mempunyai beberapa komitmen baru termasuk kerjaya sebagai penyampai radio.

Mawi tidak mahu hilang tumpuan dan ingin fokus pada kerjaya sedia ada.

"Bertanding seperti konsert mingguan AF memang tertekan, sama seperti peluang ke final Anugerah Juara Lagu.

"Ibaratnya setiap minggu kita akan melaluinya dan saya sebenarnya sudah sampai ke fasa yang mahu menyanyi lebih rileks dan tenang. Tidak mahu terlalu stress.

"Selain itu, saya juga terikat dengan komitmen bisnes dan radio baharu di bawah Astro yang akan mula bersiaran pada bulan Oktober.

"Jadi, saya perlu fokus satu persatu kerana bimbang konsentrasi saya terjejas," katanya yang dipetik daripada portal Astro Gempak.

Mawi membuat kenyataan tersebut ketika menghadiri majlis kesyukuran radio baharu Astro yang berlangsung baru-baru ini.

Kata Mawi lagi, dia sedar akan gelombang Tsumawi yang pernah menjadi fenomena 12 tahun lalu tidak mungkin berulang.

Zaman itu sudah berlalu kerana para peminatnya sudahpun meningkat umur, termasuk kegemilangan yang tercetus adalah keajaiban yang tidak boleh dirancang.

Dalam masa yang sama, Mawi menegaskan tiada kemunculan semula bakal dibuatnya meskipun jika AF Megastar kembali dengan musim terbaru tahun hadapan.

"Untuk mencari gelombang kedua Tsumawi bukan mudah sebab ketika AF 12 tahun lalu pun ia tidak dirancang dan terjadi dengan sendirinya.

"Ini bukan 2005, saya tidak fikir akan ada gelombang kedua Tsumawi sebab peminat saya pun sudah beralih generasi," luah Mawi.

Mengenai perkembangan kerjaya seni, Mawi bakal muncul sebagai juruhebah segmen utama bagi sebuah radio baru Astro yang akan beroperasi bermula Oktober ini.

Empat juruhebah lain yang terlibat adalah Anas Tahir, Raqib, Falyq dan Lin Ariffin.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)