Oleh pada 09 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Feeya Iskandar

Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar menjadi mangsa ugutan penggodam dari Indonesia.

Mengulas kejadian yang berlaku pada Rabu itu, dia diarahkan seorang individu tidak dikenali melalui e-mel supaya membuat pemindahan duit sebanyak RM10 ribu dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya gagal, penyampai radio yang dikenali sebagai Cik Piah ini bakal menerima habuan di mana foto-foto peribadinya yang digodam menerusi telefon bimbit akan disebarkan.

"Saya terkejut bila dapat e-mel pengodam Indonesia yang minta saya pindahkan duit sebanyak RM10 ribu menerusi akaun bitcoin dalam masa 24 jam.

"Kalau tak buat pemindahan itu, dia ugut akan sebarkan gambar peribadi saya yang dia dapat dengan mengodam telefon bimbit saya," kata Feeya menurut laporan portal Mstar Online.

Feeya membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas tentang luahannya di status laman sosial.

Dalam kenyataan menerusi kiriman Instagram itu, Feeya meluahkan rasa kecewa dengan pihak yang cuba mendapatkan kesenangan dengan cara menipu orang ramai.

pindah wang atau foto peribadi tular penyampai radio feeya diugut 2

Kredit foto: Instagram Feeya Iskandar

Dalam pada itu, Feeya berkata, awalnya dia hanya mengedahkan e-mel tersebut dan enggan mengambil serius.

Namun kiriman berbaur ugutan itu dihantar sekali lagi pada keesokan harinya.

Takutkan keselamatannya terancam, dia segera melaporkan kepada pihak polis.

"Pada mulanya saya tak ambil serius sangat perkara ini dan hanya membiarkan sahaja ugutan tersebut.

"Tapi keesokkan hari dan waktu yang sama, saya terima lagi e-mel ugutan yang sama.

"Sebabkan risau dengan keselamatan saya terus buat laporan polis dan kini mereka sedang menyiasat kes tersebut," dedahnya.

Susulan itu, Feeya berharap agar netizen berwaspada dan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing.

"Saya nasihat agar jangan mudah bagi maklumat peribadi kita kepada orang yang sebarangan. Sebab kita tak tahu apa niat orang itu.

"Sekarang ini macam-macam orang boleh buat sebab nak cepat kaya," tegasnya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)