cipta kelainan faizal ismail buat radio dari rumah 52

Kredit foto: Facebook Faizal Ismail

Hos popular Faizal Ismail membuat kelainan dalam kerjaya seninya di bidang penyiaran.

Faizal mengendalikan operasi radionya sendiri di laman Facebook yang bertemakan home radio.

Menariknya, para peminat dapat mengikuti siaran itu melalui aplikasi live Facebook yang mana dirakam hanya dari rumahnya sahaja.

"Sekarang saya buat live menggunakan akaun Facebook seolah-olah rancangan radio saya sendiri.

"Ia bukan sekadar live secara suka-suka kerana saya turut menampilkan tetamu jemputan seperti Fara Fauzana dan beberapa tetamu lain," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Bagi menampakkan siaran itu seperti sebuah radio nyata, Faizal turut menyelitkan unsur muzikal dalam kandungan program.

Bagaimanapun, akuinya, kendalian radio itu hanyalah dibuat secara santai.

"Kadang-kadang saya pakai kain pelikat masa live, dengan anak-anak saya melintas di belakang sewaktu siaran," ujar Faizal.

Radio tersebut telahpun memulakan operasi sejak tiga minggu lalu dan dapat diikuti pengguna laman sosial pada setiap hari, jam 9 malam.

Malah ada beberapa pihak yang sudah merisik untuk memberikan tajaan kepadanya. 

Dalam perkembangan lain, Faizal kini sibuk dengan perniagaan produk 'Daging Itam Manis FBI' yang diuruskan bersama isteri.

Premis perniagaan makanan sejuk beku itu akan memulakan operasi bermula Oktober ini.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)