Oleh pada 31 Jan 2019 kategori

Takoyaki merupakan snek yang berasal dari Korea Selatan, Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, dan daun bawang. Takoyaki disapu dengan sos takoyaki, sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi). Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka. 

Takoyaki mula dipopularkan di Osaka, di mana seorang peniaga gerai bernama Tomekichi Endo diberi penghargaan terhadap penciptaannya pada tahun 1935. Takoyaki diinspirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong kurita. Takoyaki asalnya popular di kawasan Kansai, tetapi kemudiannya merebak ke kawasan Kantō dan kawasan lain di Jepun. Takoyaki dikaitkan dengan gerai makanan tepi jalan yatai, tetapi sudah ada banyak restoran khas takoyaki, terutamanya di kawasan Kansai. Takoyaki kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.

Yaki berasal daripada perkataan "yaku" yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun dan masakan Korea yang lain seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukiyaki.

Kuali takoyaki (takoyakiki) atau—yang lebih jarang digunakan—takoyaki-nabe ialah sejenis kuali rata yang diperbuat daripada besi tuang dengan acuan separuh bulat. Besi berat ini memanaskan takoyaki dengan sekata, yang dipusingkan menggunakan pencungkil semasa proses pemasakan untuk menarik bahagian tepung sadur yang belum masan ke bahagian dasar acuan. Dapur takoyaki gas komersial digunakan semasa festival Jepun atau oleh peniaga gerai tepi jalan. Bagi kegunaan rumah, dapur versi elektrik yang menyerupai plat panas juga boleh didapati.

Kuali takoyaki segiempat sama dengan 16 acuan

Takoyaki

takoyaki

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 cawan) - pemilik resepi gunakan cawan yang besar
  • Marjerin (1 sudu)
  • Tepung jagung (setengah cawan)
  • Kicap cair (3 sudu)
  • Bonito flakes (2 paket)
  • Sedikit serbuk penaik
  • Garam
  • Perasa
  • Telur (2 biji)
  • Air (agak-agak, jangan pekat atau terlalu cair)

Kesemua bahan di atas dikisar.

Inti dalam:

  • Sotong
  • Crab sticks
  • Sosej
  • Kobis yang dicincang halus
  • Daun bawang
  • Minyak oles dalam kuali takoyai

Sos takoyaki:

  • Halia (1 inci)
  • Bawang putih (2 biji)
  • Tepung jagung (1 sudu)
  • Sos tomato (4 sudu)
  • Kicap cair (4 sudu)
  • Gula (setengah sudu)

Cara penyediaan:

1. Tumbuk halus halia dan bawang putih.

2. Kemudian, masukkan sos dan lain-lain.

3. Masak dalam kuali dengan api kecil. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Sumber:

1. Ryn Azrin [1, 2]

2. Wikipedia Takoyaki




Hakcipta iluminasi.com (2017)