Oleh pada 20 Mar 2019 kategori

Kuih keseri adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Pulau Pinang.

Kuih keseri dibuat dengan menggunakan tepong suji, gula dan susu pekat antara lainnya.

Terdapat penggunaan minyak sapi dalam cara pembuatannya yang mungkin menandakan pengaruh masakan India.

 

Kuih Keseri 

  

 

Kredit foto: Siti Amirah Abdul Rahman & Naggajothi Tamilmani‎ (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

   

Bahan-bahan:

  • Babas kesari mix (1 bungkus) - 450gm
  • Susu cair (1 tin)
  • Garam (secubit)
  • Buttercup (125gm) / minyak sapi (1 cawan)
  • Air (2 cawan)
  • Kismis (segenggam)
  • Badam potong (segenggam) - dibakar dalam 5 minit

 

Cara-cara membuat: 

1. Masukkan susu cair dan air ke dalam periuk. Didihkan dan letakkan garam.

2. Perlahankan api. Masukkan campuran kesari Babas dan kacau.  

3. Kemudian, masukkan badam dan kismis.

4. Akhir sekali, masukkan buttercup. Gaul dan kacau rata. Masukkan dalam bekas dan ratakan dengan plastik.

 

Resepi Bonus: Puding Suji Berkismis

puding suji berkismis   

 

Bahan-bahan:

  • Tepung suji (2 cawan)

Tips: Terdapat 2 jenis iaitu timbang dan paket. Jika paket, ia sudah siap digoreng. Lebih baik pakai yang paket.

  • Susu cair (1 tin)
  • Gula (1 1/2 cawan)
  • Air (10 cawan)
  • Perasa rose
  • Garam
  • Minyak sapi (sesudu besar)
  • Kismis - pemilik resepi gunakan jenama Ligo (lebih banyak lebih lazat)
  • Pewarna kuning - optional (tiada masalah jika tidak guna, warna semulajadi warna krim)

 

Cara-cara membuat: 

1. Masukkan semua bahan dalam 1 periuk atau kuali (lebih baik gunakan non-stick) .

2. Kacau sehingga likat .

3. Setelah likat, baru masukkan minyak sapi.

4. Kacau lagi sehingga minyak sapi dan tepung sebati.

5. Masukkan ke dalam loyang atau apa-apa sahaja. Sejukkan dahulu dan baru masukkan dalam peti sejuk. Potong mengikut citarasa masing-masing.

 

Nota:

✔ Sila guna cawan yang sama untuk sukatan.

✔ Ia juga boleh dimakan dengan susu seperti sagu gula melaka.

 

Sumber:

1. Siti Amirah Abdul Rahman [1, 2]

2. Leuney Lieya [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Keseri




Hakcipta iluminasi.com (2017)