Chocolate moist cake merupakan sejenis kek coklat yang lembab, agak padat dan berat. Kek ini sesuai dibuat sebagai asas kek hiasan yang mewah dengan lapisan krim keju dan disalutkan pula dengan coklat ganache.

Tanpa krim sekalipun, ianya masih tetap enak dan mewah. Apa yang anda perlu masukkan ialah salutan coklat ganache supaya hasilnya seperti yang djangkakan.

Chocolate Moist Cake

chocolate moist cake

Bahan-bahan A:

  • Tepung (1 1/4 cawan)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)

Bahan-bahan B:

  • Serbuk coklat (1 cawan)
  • Susu cair (1 cawan)
  • Susu pekat (3/4 cawan)
  • Gula (3/4 cawan)
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Telur (4 biji) - dipukul

Bahan topping:

  • Susu pekat (1/2 cawan)
  • Susu cair (1/2)
  • Serbuk koko (1/2 cawan)
  • Marjerin/mentega (5 sudu besar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan bahan A dan diayak. Ketepikan.
  2. Satukan bahan B kecuali telur. Masak di atas api sederhana selama 3 minit.
  3. Setelah api dipadam, masukkan tepung dan telur secara berselang-seli.
  4. Kukuskan selama sejam.
  5. Masak semua bahan topping sehingga pekat dan berkilat.
  6. Tuangkan topping yang sedang panas tadi ke atas kek yang telah siap dikukus. Sedia untuk dihidang.

chocolate moist cake 1

chocolate moist cake 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Madihah Dieha [1, 2, 3]

2. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)