Solok lada sememangnya sinonim dimakan dengan nasi kerabu. Namun, anda mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan utama menu ini iaitu lada hijau.
Terdapat juga versi yang tidak meletakkan bawang putih, lada hitam dan kelapa goreng. Jika tidak mahu menggunakan ikan rebus, ikan mentah juga boleh digunakan. Jika mahu rebus, masukkan sedikit santan.
Solok Lada
Bahan-bahan:
- Lada hijau (1/2 kg) - lada besar Kelantan sedap
- Ikan tawar (selayang/kembung) (7-8 ekor) - dibakar, dikukus atau distim
- Kelapa muda (parut) (sebelah sahaja) - ambil putih sahaja
- Kelapa goreng (sedikit sahaja) - optional (pemilik resepi tidak letak)
- Bawang merah (5-6 ulas)
- Bawang putih (1 ulas)
- Halia (sedikit sahaja)
- Lada hitam (5-6 biji)
- Garam
- Gula
- Telur (1 biji)
Cara-cara penyediaan:
- Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Kemudian, masukkan halia, semua jenis bawang - tumbuk sehingga lumat.
- Masukkan garam dan gula. Agak-agak dengan bahan, biar rasa masin manis.
- Kemudian, masukkan ikan tawar (buang tulang dahulu) berserta kelapa parut. Tumbuk semua sehingga sebati.
- Perasakan masin manis sedikit. Kemudian, masukkan telur dan gaul sebati.
- Sumbatkan dalam lada tadi. Belah dahulu lada tersebut.
- Kemudian, kukus sehingga masak. Sebentar sahaja masak jangan sehingga lembik lada tersebut, tidak sedap. Siap.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Ayu Arif [1, 2]
Sumber informasi: