Snek ikan merupakan sejenis kudapan yang digoreng dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja. Bahan-bahan tersebut ialah snek ikan itu sendiri dan rumpai laut (seaweed).

Snek ikan berjenama Dahfa dikatakan paling lazat, rangup dan mempunyai sedikit rasa pedas. Selain itu, anda juga boleh menggunakan snek ikan jenama Ika's yang juga tidak kurang enaknya.

Jika rasa penat, ia boleh ditinggalkan dan disambung kemudian. Tiada sebarang kesan kerana snek ini sememangnya liat.

Apabila sudah siap melilit, ia juga boleh disimpan dalam bekas. Selepas seminggu, barulah ianya digoreng .  

Snek Ikan

snek ikan

Bahan-bahan:

  • Snek ikan (4) - jenama Wanfa / Dahfa / Ika's
  • Seaweed - jenis untuk kimbab / sushi roll

Cara-cara penyediaan:

  1. Gunting seaweed untuk dijadikan pengikat snek ikan.
  2. Ambil 3 keping snek ikan dan lipat tiga.
  3. Lilitkan seaweed di bahagian tengah lipatan snek ikan.
  4. Celupkan ke dalam air hujung seaweed dan cantumkan.
  5. Ulang langkah 2 sehingga 4.
  6. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
  7. Goreng snek ikan dan seaweed tadi sehingga berubah warna keemasan dengan api yang perlahan.
  8. Tunggu snek sejuk sebelum sedia untuk dimakan.

Tips:

  • Pastikan menggunakan seaweed yang digunakan untuk membuat kim bab atau sushi roll.
  • Jangan potong seaweed terlalu nipis atau terlalu tebal.
  • Lilit snek ikan dengan berhati-hati, seaweed mudah koyak.
  • Lilit snek ikan dengan kemas dan ketat.
  • Semasa menggoreng, jangan letak terlalu banyak agar snek dapat digoreng dengan sempurna.

snek ikan 1

snek ikan 2

snek ikan 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Hidayatul Hafiza [1, 2]

2. Facebook Seharum Dapur Bonda KC [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)