Pulut ayam Thai merupakan salah satu hidangan yang cukup digemari di kalangan warga Kelantan dan Thailand. Selain itu, ia juga difahamkan turut dikenali dalam kalangan warga utara.  

Selain pulut dengan ikan kering, pulut ayam Thai juga adalah antara jenis pulut yang digemari oleh warga utara. Jika anda sudah biasa menikmati pulut dengan kari ayam, anda boleh mencuba resepi ini untuk mendapatkan kelainan. 

Pulut Ayam Thai

pulut ayam thai 1

Bahan-bahan:

  • Ayam sebelah - dipotong

Bahan perap (ditumbuk halus):

  • Bawang putih (5 ulas)
  • Akar ketumbar (2 tangkai) - dipotong kasar
  • Lada hitam (1 sudu teh)
  • Lada putih/lada sulah (1 sudu teh)

Bahan lain:

  • Gula (1 1/2 sudu besar)
  • Kicap cair (3 sudu besar)
  • Garam (1/4 sudu teh)
  • Air (1/4 cawan)
  • Bawang merah (1/2 cawan) - dimayang nipis
  • Tepung beras (1/2 cawan)

Sos cili Thai

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (5-6 ulas)
  • Cili merah dan cili padi

Kisar kasar.

 

  • Gula (200gm)
  • Air (2 cawan)
  • Garam
  • Bijan
  • Tepung jagung - untuk pekatkan sos

Masak semua bahan di atas sehingga mendidih dan renehkan sebentar.

Cara memasak:

  1. Untuk bahan perapan: Tumbuk semua bahan A dan gaul dengan isi ayam yang dipotong tadi. Masukkan gula, garam, kicap cair dan air sambil digaul rata. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Sesekali balik-balikkan ayam yang diperap untuk meratakan bahan perapan dengan isi ayam.
  2. Untuk hasilkan bawang goreng yang melengkapkan dan melazatkan lagi hidangan pulut ayam ini, pastikan bawang merah yang dimayang tadi dikering menggunakan tisu dapur. Gaul dengan secubit garam dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan dan garing.
  3. Sementara itu, keluarkan ayam yang diperap. Masukkan tepung beras kira-kira 1/4 cawan dahulu dan gaul dengan ayam tersebut sehingga bersalut. Jika cair, masukkan sedikit lagi tepung.
  4. Goreng sehingga garing di dalam minyak yang panas dalam 5 minit atau sehingga masak. Hidangkan dengan pulut yang ditabur dengan bawang goreng dan sos cili Thai. Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa.

pulut ayam thai 2

pulut ayam thai 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Wan Muhammad Hafiz Satar [1, 2]

Sumber informasi:

1. Nur Farhanim Abdul Hamid [1, 2]

2. Halijah Senawi [1, 2]


Emel Mingguan Iluminasi


Kami hanya akan menghantar email kepada anda
seminggu sekali. Ini adalah janji kami


ARTIKEL POPULAR
LAGI BERKAITAN
>


Hakcipta iluminasi.com (2017)