Kari kambing merupakan sebuah juadah yang enak dimakan dengan nasi atau dicicah dengan roti jala. Untuk hilangkan bau kambing dalam masakan, perahkan jus lemon ke atas daging kambing. Biarkan selama setengah jam dan bilas dengan air sebelum masak.

Bau hamis juga dapat dihilangkan dengan cara menggaul daging kambing dengan 3 senduk tepung gandum dan biarkan selama 30 minit-sejam. Bilas dengan air bersih dan perahkan 3 biji limau kasturi. Biarkan dalam 15 minit dan cuci bersih.

Kari Kambing

kari kambing

Bahan A:

  • Kambing (7 kg)
  • Air - untuk merebus (pemilik resepi rebus dalam multicooker set selama 35 minit) 

Bahan-bahan: 

  • Minyak masak (sedikit)
  • Minyak jagung (1 botol kecil)
  • Minyak sapi (5 sudu besar)
  • 3 sekawan (sedikit)
  • Serai (3 batang) - dititik
  • Bawang putih (2 labu) - dimayang
  • Bawang merah (5 biji besar) - dimayang
  • Daun kari (5 helai)
  • Jintan manis (sedikit)
  • Serbuk kari (9 senduk) - dibancuh bersama air
  • Air asam jawa (segenggam)
  • Kentang (8 biji)
  • Susu (1 tin)
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula
  • Halia (3 inci) - dihiris  
  • Tomato saiz kecil (6 biji)
  • Cili masak hijau (8 batang) - dibelah dua
  • Air rebusan daging kambing

Cara-cara penyediaan: 

  1. Masukkan minyak jagung serta minyak masak sehingga panas.
  2. Tumis 3 sekawan sehingga naik bau.
  3. Tumiskan serai, bawang, bawang putih dan halia sehingga garing. Tambahkan minyak sapi .
  4. Tumiskan pula rempah kari kambing sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa. Tumis kembali sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan kentang dan tambahkan air rebusan mengikut kepekatan citarasa sendiri. Masak sehingga mendidih atau pecah minyak.
  7. Setelah kentang separuh empuk, masukkan daging kambing, cili masak hijau serta tomato. Masak sehingga sedikit mengelegak.
  8. Masukkan susu, garam, gula dan Ajinomoto secukup rasa. Tutup api dan boleh dihidang. 

kari kambing default

Nota: Lauk ini boleh dihidangkan kepada seramai anggaran 90 orang.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ayuni Zainal [12]

Sumber informasi:

1. Myira Idora [1, 2]

2. Are Peace [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)