Oleh pada 08 Sep 2020 kategori

Kroket merupakan sejenis kuih daripada kentang bercampur daging dan lain-lain. Ia kelihatan seperti nuget.

Berat doh kentang adalah lebih kurang 40gm sebelum hendak masukkan inti. Untuk rasa yang lebih sedap, letakkan cili padi.

Kroket Kentang Inti Ayam Lada Hitam

Bahan doh luar:

  • Kentang (1kg) - digoreng dan ditumbuk / boleh juga gunakan pelenyek burger

Bahan tumbuk halus:

  • Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
  • Buah biji pala (setengah) - jika ada serbuk (setengah sudu kecil sahaja)
  • Secukup rasa (1 sudu kecil)
  • Halia (2 hiris)
  • Garam (1 sudu kecil) atau ikut masin (rasa dahulu)
  • Kuning telur (2 butir)

Inti:

  • Marjerin (2 sudu besar)
  • Daging kisar (1 paket) - jenama Ramli
  • Lobak merah (1 batang) - dipotong dadu dan direbus seketika
  • Bawang holland (1 labu) - didadu
  • Bawang putih (7 ulas) - dicincang
  • Lada hitam (1 sudu besar)
  • Pati ayam (1 kiub)
  • Keju (2 keping) - tidak wajib
  • Daun sup - untuk ditabur / (segenggam) - dihiris

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih serta holland. Setelah agak kuning, masukkan daging atau ayam kisar. Setelah ayam kelihatan masak, masukkan lada hitam, pati ayam dan lobak merah.
  2. Masak semua dan beri perisa serta garam. Kemudian, masukkan daun sup dan keju. Ketepikan.
  3. Untuk kulitnya, selepas dilenyek semua, masukkan kuning telur dan lenyek lagi. Buat bulat-bulat, pipihkan isi inti dan bulatkan kembali.
  4. Golek di putih telur dan golekkan lagi dengan serbuk roti. Goreng sehingga masak.

kroket kentang inti ayam lada hitam default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Latifah Hanum Sartono [12]

Sumber informasi:

1. Mahani Mohammed [12]

2. Maznah Mumin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)