Oleh pada 22 Mar 2019 kategori

Putu piring biasanya dibeli di pasar malam. Namun, sekarang ia juga adalah sajian pilihan di hotel terkenal di Malaysia.

Ia adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala dan Tamilnadu, India.

Putu merupakan daripada bahasa Tamil yang bererti makanan daripada beras.

Namanya diberikan sedemikian kerana berbentuk seperti piring dan akan dibalut dengan kain putih lalu dikukus dalam kukusan khas. Kemudian, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit yang menghasilkan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.

 

Putu Piring Moden

 

Bahan-bahan:

  • Air (300ml)*
  • Daun pandan (2 helai)*
  • Garam (1 sudu kecil)*
  • Tepung beras (400g) - pemilik resepi guna cap Gajah
  • Gula melaka
  • Kelapa parut
  • Garam

➡ Masak bahan-bahan yang berhuruf condong sehingga mendidih. Asingkan sehingga suam-suam kuku. 

 

Cara-cara membuat: 

1. Gaul air yang telah suam-suam tadi dengan tepung beras.

➡ Tepung tersebut akan menjadi peroi sedikit. Ia tidak akan menjadi seperti doh, tetapi seperti serbuk roti.

2. Kemudian, tapis adunan tepung tadi.

➡ Bahagian ini memang leceh dan menyakitkan jari kerana adunan tadi agak keras. Jadi, perlu tekan kuat-kuat adunan tadi pada penapis supaya adunan yang halus mulus akan keluar (rujuk gambar) .

putu piring moden 2

3. Tumbuk gula melaka sehingga halus.

➡ Jangan ketul-ketul besar kerana gulanya akan menjadi tidak cair.

4. Masukkan tepung yang telah ditapis menjadi serbuk yang lebih halus tadi dalam acuan lompang sedikit. Letak gula sebanyak mana yang dimahukan dan tutup dengan tepung kembali sehingga penuh acuan.

5. Kukus sebentar dalam 10 minit dan siap untuk dihidangkan.

➡ Makan dengan kelapa parut dan garam.

putu piring moden 1

Gula penuh di dalam menjadikannya puas dimakan biarpun tiada kelapa parut

 

Sumber:

1. Ain Kamis [12]

2. Wikipedia Putu Piring




Hakcipta iluminasi.com (2017)