Oleh pada 22 Mar 2019 kategori

Kuih nekbat adalah sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Ia lazimnya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu namun tawar dan lebih keras.

Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum disajikan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih untuk mewujudkan bau harum, dan dibiarkan jelira sebelum disajikan berkuah dengan air gula tersebut.

Apabila ia kembang dan berubah kekuningan, ia sedia untuk disajikan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, disebabkan ia akan menjadi kembang dan hancur.

 

Kuih Nekbat

  

 

Bahan-bahan: 

 

Bahan-bahan kuih: 

  • Nekbat
  • Tepung beras (500g) - 1 bungkus
  • Telur ayam (12 biji)

 

Bahan sira: 

  • Air (secukupnya)
  • Gula (500gm)
  • Daun pandan (5 helai)

 

Cara membuat: 

1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana sehingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

2. Pukul telur sehingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

3. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan (suhu 180°c menggunakan api atas dan bawah).

4. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Apabila air gula telah mendidih, masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. Sedia untuk dihidangkan.

  

kuih nekbat 1

 

Tip: 

✔ 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat. 

✔ Boleh gunakan acuan bahulu untuk membuat nekbat.

 

Sumber:

1. Gee Nur Fauziah [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Nekbat




Hakcipta iluminasi.com (2017)