Ayam pansuh (atau Manok pansoh) adalah sebuah cara masakan lazim di kalangan penduduk di Borneo (Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia).

Ayam pansuh adalah sajian yang kebiasaannya dimasak di dalam buluh dan dipenuhi dengan air (yang seterusnya akan sup), perasa dan ditutup dengan daun ubi kayu (lalu boleh dimakan bersama-sama dengan ayam dimasak).

Asal-usul ayam pansuh tidak diketahui, namun kaum Iban dan Bidayuh (orang Sarawak) sentiasa menyediakan sajian ini pada mana-mana hari perayaan, terutamanya Gawai Dayak (perayaan untuk akhir penuaian).

 

Ayam Pansuh Versi Moden

  

ayam pansuh versi moden

Kredit foto: Ayu & Bunga Unggu (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Ayam (1 ekor) - dipotong dan dibersihkan
  • Bawang merah (10 biji)*
  • Bawang putih (5 biji)*
  • Cili (3 biji)*
  • Halia (2 inci)*
  • Serai (3 batang)
  • Bunga kantan (2 kuntum) - dimayang
  • Tepus (3 batang) - dipotong memanjang
  • Daun pucuk ubi - diramas
  • Asam jawa (sedikit)
  • Garam (sedikit)
  • Ajinomoto/gula (sedikit)
  • Air (sedikit)

 

Cara penyediaan:

1. Kisar kering atau tumbuk bahan berhuruf condong*.

2. Ayam yang telah dipotong dimasukkan ke dalam periuk dan digaul rata bersama bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi.

3. Masukkan asam jawa dan gaul rata. Masukkan sedikit air. Jika suka kuah yang banyak, ikut citarasa masing-masing.

4. Masukkan bunga kantan, tepus dan serai. Masak di atas dapur menggunakan api yang sederhana sehingga masak.

5. Masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.

6. Sedia untuk dimakan dengan nasi kosong.

 

Nota: Resepi ayam pansuh ini dimasak di dalam periuk. Untuk rasa yang lebih asli dan sedap, ia perlu dimasak di dalam buluh.

 

Sumber:

1. Ayu [1, 2]

2. Wikipedia Ayam Pansuh



Hakcipta iluminasi.com (2017)