Putu mayam adalah makanan tradisional India yang telah menerima sambutan yang cukup baik dari semua bangsa. Malah, ia kini juga dimakan sebagai sebuah snek oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Proses membuat putu mayam ialah menggaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan, dan menekan doh melalui acuan untuk membuat utusan seperti mee.

Ia dikukus, lazimnya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini disajikan dengan kelapa parut dan gula perang, gula kabung, gula Melaka atau guna nisan.

Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya lazimnya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja atau motorsikal. Ia juga dihasilkan di rumah dan disajikan sejuk. Di Indonesia pula, putu mayam dipanggil sebagai putu mayang.

Menu ini berkemungkinan berasal dari Tamil nadu, selatan India, dimana mee tepung beras yang sama disajikan dengan gula dan kelapa, dan kadang-kadang dengan pisang sebagai iddiyappam.

Menu ini dimakan sebagai sarapan pagi bersama sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan dan lain-lain. Kegemaran terhadap hidangan seperti putu mayam, putu piring atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga suatu kelaziman di Malaysia dan Singapura.

Iddiyappam lazimnya terdapat di Kerala, Tamil Nadu dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan juga dijual sebagai cara senang membuat kesemua hidangan ini.

Selain putu mayam, terdapat juga putu buluh dan putu piring.

Putu Mayam

putu mayam

Kredit foto: Khairul Rezdhuwan Hamdan (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Air panas dan air sejuk - dibuat seperti suam-suam (jangan terlalu suam) dan dibancuh

Nota: Perlu pandai bancuh untuk dapatkan putu mayam yang lembut dan gebu.

Tips: Untuk wangi, boleh lapik dengan daun pisang.

Kuah putu mayam (berkuah)

Bahan-bahan:

  • Santan kelapa
  • Gula merah atau gula nissan
  • Gula pasir
  • Garam (sedikit)
  • Daun pandan

Cara penyediaan:

Masukkan semuanya sekaligus dan daun pandan. Masak sehingga sudah pekat dan menggelegak.

Kuah putu mayam (biasa)

Bahan-bahan:

  • Gula merah
  • Kelapa putih

putu mayam 1

Sumber:

1. Arriana Rose [12]

2. Wikipedia Putu Mayam



Hakcipta iluminasi.com (2017)