Oleh pada 20 Mar 2019 kategori

Kuih lompang merujuk kepada sejenis kuih tradisi yang terkenal di Malaysia. Ia lazimnya berbentuk cawan kecil dengan sedikit lubang atau lompang di bahagian tengah.

Pada kelazimannya, kuih lompang berwarna-warni. Ia adalah sejenis kuih yang dikukus, oleh itu adalah menyihatkan disebabkan tidak mempunyai minyak.

Kuih lompang diperbuat dari campuran ramuan tepung beras dan tepung ubi. Ia juga boleh didapati dalam warna coklat atau pelbagai warna yang lain.

Ia adalah hidangan makanan ringan yang dimakan dengan kelapa parut muda yang ditabur di atasnya.

Namanya diberikan sedemikian kerana bentuknya yang mempunyai lompang atau lekukan di bahagian tengah. Ia turut dipanggil sebagai kuih kosui atau kuih kaswi.

Kuih lompang lazimnya dibuat untuk jualan harian. Ia lazimnya tidak tahan lama dan perlu didinginkan bagi disimpan lebih lama disebabkan ia disajikan bersama kelapa parut.

Kelapa perlu diasingkan untuk disimpan. Pada kelazimannya, ia dibuat dengan pelbagai warna untuk menambahkan kemeriahan.

Kuih lompang sesuai untuk dibuat sebagai hidangan petang disebabkan ia senang disajikan dan enak rasanya. Meskipun ia mempunyai kelapa yang mungkin melecehkan, ia senang dijaga supaya tidak bersepah.

 

Kuih Lompang Pandan (Versi 1)

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (1 1/2 cawan)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Air (2 cawan)
  • Daun pandan (5 helai)
  • Gula pasir (3/4 cawan)
  • Air kapur (1 sudu kecil)
  • Pewarna hijau (sedikit)

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan gula dalam satu bekas.

2. Kisar daun pandan dengan air tadi.

3. Tapis dalam tepung tadi.

4. Masukkan air kapur.

5. Tambah sedikit pewarna hijau.

6. Kacau sehingga sebati.

Nota: Pemilik resepi menggunakan whisk.

7. Panaskan kukusan sehingga air mendidih .

8. Oles sedikit minyak pada acuan.

9. Kukus acuan sebentar dalam 5 minit.

10. Masukkan adunan dan kukus selama 15 minit menggunakan api besar.

 

Kuih Lompang Pandan (Versi 2)

  

kuih lompang pandan 2

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (2 1/2 cawan)
  • Tepung ubi (1/2 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Air (4 cawan)
  • Air kapor (1 sudu teh)
  • Daun pandan
  • Kelapa parut

 

Cara penyediaan:

1. Masukkan gula, air dan daun pandan. Sejukkan. 

2. Kemudian, masukkan tepung dan air kapor ke dalam air gula tadi. Tapis dan kukus.

 

Sumber:

1. Sharina Bidin [1, 2]

2. Siti Nardina [1, 2]

3. Zurai Yusri [1, 2]

4. Wikipedia Kuih Lompang




Hakcipta iluminasi.com (2017)