Oleh pada 22 Oct 2019 kategori

Putu mayam adalah sejenis kuih tradisional yang menggunakan empat bahan utama iaitu tepung beras, air, garam dan minyak. Untuk menghasilkan putu mayam yang elok dan memuaskan, anda perlu mengikuti beberapa tips.

Untuk memastikan doh yang dibuat tidak lembik dan melekit, kuantiti air perlu disukat dengan betul. Air yang dididihkan hendaklah dalam keadaan panas mendidih.

Semasa tepung dimasukkan, pastikan doh terbentuk dan anda tidak mengacau terlalu lama bagi mengelakkan doh menjadi lembik.

Putu Mayam

Kredit foto: Kak Salmah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah) 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (2 cawan)
  • Air panas (2 1/2 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Minyak masak (2 sudu kecil)

Bahan-bahan untuk hidangan:

  • Kelapa parut (100gm)
  • Gula perang (100gm)

Alat:

  • Acuan muruku (dengan mata paling halus)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan air panas dengan garam sehingga larut dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung beras.
  2. Kacau dan adun sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan doh kepada 2 atau 4 bahagian.
  4. Panaskan air dalam bekas pengukus dan lapikkan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus.
  5. Masukkan 1 bahagian doh ke dalam acuan muruku dan tekan ke atas kain putih.
  6. Putuskan bahagian akhir kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak pecah apabila telah masak.
  7. Kukus selama 5-10 minit.
  8. Hidangkan bersama kelapa parut dan gula perang.

Tips:

  • Untuk mendapatkan doh berwarna hijau, campurkan air panas bersama garam tadi dengan 2 helai daun pandan dan sedikit pewarna hijau.

putu mayam 1 938

Kredit foto: Kak Salmah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. mohd.roslan99@gmail.com

2. Transisi (nafiesanur.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)