Oleh pada 21 Mar 2019 kategori

Kuih lompat tikam adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia, terutamanya di pantai timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.

Kuih ini mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang lazimnya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas.

Bahagian ini dibuat tawar disebabkan ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

 

Kuih Lompat Tikam 

 

Lapisan hijau: 

  • Tepung beras (2 cawan)
  • Air (3 cawan)
  • Pewarna hijau/air daun pandan (1 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Air kapur (1 sudu kecil)

 

Lapisan putih: 

  • Tepung beras (1 senduk) - pemilik resepi ganti dengan tepung pulut
  • Santan (2 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)

 

Pulut merah: 

  • Pulut (1 cawan) - direndam 1 jam terlebih dahulu
  • Air (1/2 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Pewarna merah

 

Air nisan (gula Melaka): 

  • Gula melaka/nisan (2 keping)
  • Gula (4 sudu besar)
  • Air (1 cawan)

 

Cara penyediaan:

 

Lapisan hijau: 

1. Gaul rata lapisan hijau dalam mangkuk kemudian tapis.

Tips: Kecairan perlulah apabila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tidak melekat pada senduk.

2. Masak dan kacau (jangan berhenti) sehingga adunan menggelegak dan pekat. Kemudian, kecilkan api dan tutup periuk biarkan selama 5 minit dan buka periuk terus kacau semula dan ulang sehingga adunan berkilat serta mengelembung.

3. Tutup api dan masuk ke dalam bekas. Sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan mudah dipotong.

 

Pulut merah: 

1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit sehingga naik wap.

2. Tutup api dan angkat masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, tuangkan air yang dicampur garam dan gula. Kemudian, kukus semula dalam 10 minit sehingga naik wap. Angkat dan sejukkan.

 

Air nisan (gula Melaka): 

Masak nisan dan gula sehingga hancur lalu sejukkan.

 

Lapisan putih:  

Masukkan semua bahan kacau atas dapur menggunakan api perlahan sehingga pekat.

 

Cara menghidang: 

Potong lapisan hijau dan masukkan dalam pinggan. Masukkan sedikit pulut lalu sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang gula Melaka dan boleh dimakan.

  

kuih lompat tikam 2

 

Nota: Untuk lebih resepi, boleh follow Instagram @resepi_dapur_cikwani

 

Sumber;

1. Siti Mariam Ismail [1, 2]

2. Wani Suhaimi [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Lompat Tikam




Hakcipta iluminasi.com (2017)