Oleh pada 23 Mar 2019 kategori

Pulut panggang merupakan sejenis hidangan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Hidangan ini lazimnya dipanggang di atas api.

Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang.

Batang pulut itu lalu dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sehingga masak.

Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, namun menggunakan inti ikan. Ia dipanggil sebagai pulut lepa.

 

Pulut Panggang

 

Bahan-bahan:

  • Pulut (3kg) - direndam setengah jam
  • Kelapa parut (2 biji)
  • Cili kisar (sedikit)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Jintan manis (5 sudu makan) - direndam
  • Serai (sebatang)
  • Udang kering/udang geragau - direndam
  • Kari (2 sudu makan)
  • Kunyit (1 sudu teh)
  • Garam dan gula (sesedap rasa)

 

Cara penyediaan:

 

Pulut:

Kukus pulut dengan perahan santan sama paras sahaja untuk mendapatkan struktur pulut yang cantik, tambahkan sedikit garam.

 

Inti:

1. Potong pendek serai dan kisar semua bahan-bahan sehingga halus.

2. Udang kering dikisar sedikit kasar dan terus masukkan ke dalam kuali. Tidak perlu tumis.

3. Masukkan kelapa parut setelah bahan kisar hampir mendidih. Pastikan kelapa bergaul sebati dengan bahan kisar.

4. Jika kering, boleh tambah sedikit air. Biarkan sehingga hampir kering, baru masukkan garam dan gula sesedap rasa.

Tips: Seeloknya, garam jangan banyak kerana udang tetap masin biarpun sudah rendam dahulu. Pemilik resepi gemarkan inti yang pedas dan manis.

pulut panggang 1

 

Tips:

1. Masukkan daun pisang ke dalam peti sejuk supaya ia tahan lama.

2. Untuk mudah, guna seterika sahaja untuk layur daun pisang.

➡ Tips ini juga boleh digunakan untuk membuat kuih lain yang dibungkus dengan daun pisang.

 

Sumber:

1. Mohd Zakaria [1, 2]

2. Hanizah Ahmad Sabar [1, 2]

3. Wikipedia Pulut Panggang




Hakcipta iluminasi.com (2017)