Oleh pada 20 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Nasyha Rusli (gambar sebagai cadangan hidangan)

Bahan-bahan:

resepi popia carbonara 1 506

  • isi ayam*
  • sosej*
  • lobak*
  • bawang holand dadu*
  • bawang putih*
  • lada hitam*
  • brokoli*
  • cheese slice
  • sos carbonara
  • kulit popia (saiz mini)

Cara penyediaan:

1. Cincang semua yang bertanda *.

2. Tumis atas dapur untuk masak isi ayam dan bahan-bahan lain.

3. Potong cheese mengikut citarasa. Gulung dalam kulit popia. Gam guna tepung gandum cair.

4. Goreng guna air fryer (170°c : 10 minit). Lapik foil untuk elakkan cheese dari meleleh dan melekat pada air fryer. Senang sikit nak basuh selepas itu. 

Tips: Boleh juga digoreng menggunakan minyak yang panas. Masa menggoreng nanti jangan tinggal kerana cheese tersebut mencair.

Gambar:

resepi popia carbonara 2

Setelah siap masak di atas dapur, tumis dahulu bawang dan yang lain-lain. Terakhir sekali baru letak sos carbonara lebih kurang 4 sudu sahaja. Sos ni agak-agak sahaja berapa banyak yang ingin diletak. Api jangan terlalu kuat. Garam tidak diletak.

resepi popia carbonara 3

Letak inti dalam kulit popia. Kemudian, letak cheese yang telah dipotong.

resepi popia carbonara 4

Gam menggunakan tepung gandum cair .

resepi popia carbonara 5

Proses penggorengan menggunakan air fryer (170°c : 10 minit). Selepas 5 minit, terbalikkan di belah yang lain. 

resepi popia carbonara 6

Inilah hasilnya apabila telah masak, cheese tersebut mencair. Menyelerakan bukan?

Sumber: Dae Sakura




Hakcipta iluminasi.com (2017)