Oleh pada 02 Oct 2020 kategori

Untuk resepi ini yang menggunakan 3 tin kecil sos Prego, spaghetti yang boleh dibuat adalah sebanyak satu setengah atau dua bungkus. Untuk sos Prego, pemilik resepi menggunakan jenis 'carbonara mushroom'.

Menu ini adalah untuk hidangan 15 orang. Sebagai cadangan, ayam atau udang juga boleh diletakkan.

Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan:

  • Sos Prego (3 tin) - pemilik resepi guna tin kecil
  • Buttercup (1/2 petak)
  • Bawang besar (3 biji) - dipotong dadu
  • Bawang putih (10 -15 ulas) - dihiris (lebih banyak lebih baik) 
  • Lada banggala - dipotong dadu

Tips: Lada warna-warni digunakan supaya menarik sahaja. Juga boleh gunakan satu warna.

  • Hotdog (ayam atau daging) - dihiris
  • Lada putih
  • Lada hitam
  • Cendawan butang (1 tin)
  • Maggi CukupRasa atau kiub ayam - jika perlu
  • Garam (secukup rasa)
  • Air masak

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan Buttercup, tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan tadi. Masak dengan api yang kecil.
  3. Tambahkan air masak dan gaul dengan kerap.
  4. Akhir sekali, letakkan sedikit garam. Siap.

Tips:

  • Selepas masukkan serbuk lada putih, tinggal masukkan lada hitam, garam dan perasa. Jangan bimbang, lama-lama kuah pekat dengan sendiri.
  • Supaya orang ramai makan untuk sebarang majlis, banyakkan isi di dalamnya. Mudah sahaja. 
  • Menu ini sudah cukup pekat dan sesedap rasa. Tidak perlu tambah apa-apa. Jika suka, perasa boleh ditambah. Ini kerana sos Prego sudah sedap.

spaghetti carbonara default 1

Nota: Untuk gambaran lebih jelas, sila tonton video disini.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Noor Hamidah [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)