Popia pepero merupakan sebuah menu hasil gabungan popia bersama coklat putih dan Oreo. Ia tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk.

Pemilik resepi menggunakan coklat putih berjenama Le Bourne yang boleh dibeli di kedai kek. Untuk Oreo pula, gunakan yang telah siap hancur yang juga boleh dibeli di kedai kek.

Popia Pepero

popia pepero 3 722

Bahan-bahan:

  • Kulit popia - sebarang jenama
  • Coklat putih

popia pepero 6 83

  • Oreo

popia pepero 5

  • Badam

Cara-cara membuat:

1. Jika menggunakan kulit popia yang besar, potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air. Jika menggunakan kulit popia yang kecil pula, terus gulung sahaja dan lekatkan hujungnya dengan air. 

2. Goreng sehingga keperangan.

3. Cairkan coklat putih menggunakan kaedah double boil. Apabila sudah cair, celup pada kulit kulit popia dan balut pula dengan Oreo.

popia pepero 7

4. Jika menggunakan coklat, balutkan dengan badam. Badam rumit sedikit kerana perlu disangai dahulu. Siap. 

popia pepero default 2

Kulit popia selepas dipotong dan digulung (gambar pertama) dan selepas digoreng (gambar kedua)

popia pepero 4

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Adilah Bte Othman [1, 2



Hakcipta iluminasi.com (2017)