Kerepek popia cheese atau juga disebut sebagai keropok popia cheese adalah sebuah makanan ringan atau kudapan yang sesuai terutamanya untuk golongan kanak-kanak.

Resepi kerepek popia yang cukup mudah ini biasanya hanya menggunakan kulit popia, serbuk cheese (digunakan untuk membuat kentang wedges KFC), sedikit gula dan serbuk cili.

Malah, anda boleh juga menggunakan serbuk cheese semata-mata. Terpulang kepada selera masing-masing.

 

Kerepek Popia Cheese Volcano Style Yunique Culinaire

  

popia cheese volcano

Ia menggabungkan resa pedas, manis, masin dan cheezy

 

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Gula aising (icing sugar)
  • Serbuk cili
  • Garam (sedikit)
  • Serbuk cheese (jika ada) / Super Ring
  • Serbuk cili volcano HEXA (secubit) - jika suka pedas

 

Cara penyediaan:

1. Potong kulit popia kepada 9 bahagian. Jangan terlalu halus, nanti hancur lagi tinggal habuk sahaja.

kerepek popia cheese 2

2. Goreng menggunakan api perlahan. Jangan terlalu kuning. Angkat dan toskan minyak.

Tips: Jangan kuning coklat sangat, kuning sedikit dari gambar di bawah.

kerepek popia cheese 1

3. Kisar kering gula aising (icing sugar), serbuk cili, garam, serbuk cheese (jika ada) atau Super Ring.

4. Tambah serbuk cili volcano HEXA untuk efek pedas api volcano. Sesuaikan rasa mengikut tekak.

5. Kemudian, gaul dan simpan dalam botol kedap udara.

 

Nota: Jika menggunakan serbuk cheese, tidak perlukan lagi Super Ring. Ini untuk yang tidak jumpa serbuk cheese.

 

Layari Facebook Yunique Culinaire untuk resepi unik, tips dan review produk terbaik.

 

Resepi Bonus: Popia Cheese dan Popia Nestum

  

popia cheese dan popia nestum

 

Kulit Popia

 

Bahan-bahan:

  • Kulit popia - jenama Pastry atau Lotuz

Tips: Boleh beli paket besar (40 keping) di Mydin.

  • Air
  • Tepung gandum

 

Cara membuat:

1. Sediakan air bercampur tepung gandum dan berus untuk sapu pada hujung kulit popia supaya melekat.

2. Mula menggulung sehingga habis.

3. Setelah habis, potong serong atau mengikut citarasa.

4. Selepas itu, goreng sehingga keemasan dan toskan minyak.

5. Setelah sejuk, gaul dengan perasa Nestum atau cheese.

 

Popia Nestum

 

Bahan-bahan:

  • Gula (500g) - dikisar halus
  • Nestum madu (500g) - dikisar halus
  • Horlick (100g)

 

Cara membuat:

Sebatikan dan tabur pada kulit popia yang siap digoreng (5kg).

 

Popia Cheese

 

Bahan-bahan:

  • Serbuk cheese wedges (500g)
  • Nestum original (500g) - dikisar halus

 

Cara membuat:

Sebatikan dan tabur pada kulit popia yang siap digoreng (5kg).

 

Nota: Resepi ini sememangnya senang, namun ia mengambil masa untuk disiapkan.

 

Sumber

1. Ayuni Haris [12]

2. Syifaa' Penawar [12]

3. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)