Oleh pada 01 Jun 2019 kategori

Popia simpul atau juga dipanggil sebagai simpul kasih merupakan sejenis kuih yang cukup popular.  

Antara tips yang boleh dikongsikan ialah pastikan kulit popia sentiasa keadaan lembap. Boleh lapik dengan kain lembap, bukannya kain basah.

Inti tersebut jangan diletak sarat, sedang-sedang sahaja. 

Ketika menggoreng pula, gunakan api perlahan dan goreng biasa-biasa sahaja.

Setelah kelihatan kekuningan, terus sahaja angkat. Jika terlalu masak, inti akan menjadi pahit.

Biarkan sebentar di luar selepas digoreng, barulah popia simpul anda tidak berminyak.

 

Popia Simpul

 

 

Bahan- bahan :  

  • Kulit popia
  • Minyak masak

 

Bahan untuk inti serunding ikan bilis: 

  • Ikan bilis (1 mangkuk ) - ikan bilis yang sudah dikopek
  • Cili kering (12 tangkai) - rebuskan
  • Bawang besar (1 biji ) - dipotong kecil
  • Bawang putih (5 ulas ) - dipotong kecil
  • Serai (5 batang ) - dipotong kecil
  • Halia (sedikit) - dipotong kecil
  • Air (1/2 cawan air)
  • Santan pekat (1/2 cawan ) - pemilik resepi menggunakan santan kotak
  • Gula (2 sudu makan )
  • Minyak masak (2 sudu makan )
  • Garam (1 sudu teh ) - pemilik resepi gunakan sudu KFC sahaja

 

Cara-caranya :  

1. Cuci ikan bilis tadi dan rebuskan sehingga mendidih. Toskan dan kisar menggunakan pengisar kering.

2. Masukkan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan juga air ke dalam pengisar lalu kisar sehingga sebati .

3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau selama 5 minit dan masukkan gula serta garam.

4. Masukkan ikan bilis yang dikisar tadi. Kacau sehingga kering. Masa yang di ambil untuk kering agak lama lebih kurang 40- 45minit .

5. Langkah seterusnya, sediakan kulit popia, guntingkan kecil-kecil. Potong kepada 8 bahagian bagi sekeping kulit popia.

6. Letakkan serunding sedikit ke atas kulit popia yang sudah di potong tadi . Simpul kan kemas. Buat sehingga habis kulit popia atau serunding.

7. Setelah selesai, gorengkan sehingga masak .

popia simpul 1

 

Nota:  

✔ Pemilik resepi gunakan kulit popia jenama Pertama kerana lebih mudah untuk simpul serta tidak mudah koyak .

✔ 1 paket kulit popia boleh memperolehi popia simpul sebanyak 1 bekas besar seperti gambar di atas.

 

Sumber:

1. Siti Hajar Hashim [12]

2. Wan Samira [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)