Oleh pada 29 Jun 2019 kategori

Vadai atau dipanggil sebagai 'wah-dei', ialah antara kuih yang menjadi kesukaan ramai yang berasal dari India selatan. Ia merupakan sejenis hidangan tradisional jenis kering.

Kuih yang mempunyai bentuk gelung ini begitu sesuai jika dijadikan sebagai hidangan semasa masih panas dan hidangan minum petang. Malah, ia juga dijadikan sebagai hidangan ketika hari perayaan Deepavali.

Antara campuran untuk menghasilkan vadai ialah hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah. Bagi membuatkan gorengannya mampat, anda perlulah menggunakan minyak masak dengan kuantiti yang banyak untuk menggorengnya.

Vadai

Bahan-bahan:

  • Dhal (250g)
  • CIli merah/cili padi
  • Jintan putih (sedikit)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Daun kari (1 tangkai)

Cara-cara penyediaan:

1. Rendam dhal sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman.

2. Menggunakan pengisar kering, kisar dhal. Jangan sehingga terlalu hancur.

3. Taburkan sedikit garam dan perap di dalam peti sejuk selama 1 jam.

4. Sediakan cili dan bawang besar, potong saiz kecil.

5. Campurkan semua bahan bersama dhal, gaul sebati dan diperap selama 1 jam.

6. Bentukkan adunan kepada bentuk vadai atau bulat dengan menggunakan plastik agar tidak melekat di tangan.

7. Panaskan minyak dan goreng vadai yang telah dibentuk tadi dengan api yang sederhana sehingga garing.

vadai1

vadai2

vadai3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2

2. UnIkNyA MaLaYsIa (she1012012.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)