Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Krim paf mempunyai rasa yang lemak dan inti yang manis. Terdapat hanya empat bahan asas yang diperlukan oleh pastrinya iaitu tepung, mentega, air dan telur.

Anda disarankan supaya menggunakan mentega berkualiti yang kebiasaannya lebih mahal. Biarkan pada suhu bilik sehingga ia lembut. Namun, jangan terlalu lama disebabkan ia senang cair dan berminyak. 

Isikan dengan inti sebaik sebelum dihidangkan dan bukannya terlalu awal. Jika tidak, kulit krim paf akan menjadi lembik (soggy) dan berair, sekaligus merosakkan bentuk dan kerangupan bahagian kulit luarnya.

Krim Paf (Cream Puff)

Bahan-bahan:

  • Buttercup (120gm)
  • Air (3/4 cawan)
  • Tepung gandum (1/2 cawan) - diayak
  • Telur gred A (4 biji)
  • Garam (1/4 sudu kecil)
  • Gula (1 sudu besar)

Bahan-bahan ice cream filling:

  • Krim putar bukan tenusu (non dairy whipping cream) (200ml)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan mentega, air, garam dan gula. Masak sehingga mentega cair dan mendidih ganas. Kemudian, boleh masukkan tepung dan kacau laju sehingga menjadi doh serta nampak sedikit berkerak pada kuali atau periuk.
  2. Tutup api dan apabila adunan telah suam, masukkan telur satu per satu. Pukul adunan sehingga sebati dan tekstur menjadi seperti dodol.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang (tray) yang telah dilapik dengan kertas pembakar (baking paper).
  4. Semburkan (spray) sedikit air di bahagian atas puff.
  5. Bakar puff dengan suhu 200'c selama 20-25 minit.
  6. Pukul (mixer) sehingga kental.
  7. Masukkan krim ke dalam piping bag dan paipkan secara menegak ke dalam puff untuk kesan yang lebih gebu.

Tips:

  • Puff boleh dikeluarkan dari ketuhar apabila warna telah bertukar menjadi keemasan atau nampak garing serta tidak melekat pada dulang pembakar (baking tray).
  • Gunakan krim segar (fresh cream) jenama Value Pride (kotak kuning) untuk rasa lebih sedap dengan harga yang berpatutan.

cream puff 1

cream puff 2

cream puff 3   

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Lizzie Jimmy [1, 2]

2. Masakan (norz-masakan.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)