Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Bahan-bahan asas bagi victorian chocolate mud cheesecake ialah keju krim (cream cheese), krim putar (whipping cream), Sunquick, esen vanila dan susu pekat. Bahan-bahan selain itu boleh diubah mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.

Stevia digunakan supaya kemanisannya tidak mendatangkan mudarat. Jika tidak menggunakan stevia, anda boleh gandakan susu pekat. 

Cip coklat (chocolate chip) juga boleh digantikan dengan coklat Beryl's menggunakan sukatan yang sama. Untung loyang pula. gunakan yang bersaiz 6 inci.

Victorian Chocolate Mud Cheesecake 

Bahan-bahan A:

  • Chocolate chips (1/4 cawan) - dicairkan
  • Cream cheese (100g)
  • Whipping cream (1/2 cawan)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Stevia (10 titis)
  • Esen vanila (1/2 sudu kecil)
  • Ovalette (sedikit)
  • Gelatin (sedikit)

Bahan base A:

  • Biskut Oreo atau Cream-O - dihancurkan
  • Mentega (1/4 cawan) - dicairkan

Bahan-bahan B:

  • Cream cheese (100g)
  • Whipping cream (1/2 cawan)
  • Sunquick (2 sudu besar)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Stevia (10 titis)
  • Esen vanila (1/2 sudu)
  • Putih telur (1 biji)

Bahan base B:

  • Biskut Marie - dihancurkan
  • Mentega (1/4 cawan) - dicairkan

Bahan topping (pilihan):

  • Whip topping chocolate
  • Strawberi
  • Pic (peach)
  • Anggur
  • Kinder Bueno

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul kedua-dua bahan base A dan B di dalam dua bekas sehingga rata. Masukkan ke dalam dua loyang, satu untuk adunan A dan satu untuk adunan B.
  2. Adun semua bahan A sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang A tadi. 
  3. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150'c selama 40 minit. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam (buat cara yang sama ke bahan B).
  4. Selepas 4 jam, keluarkan kek A dan B dan loyang. Letakkan kek B di atas kek A.
  5. Curahkan whip topping ke atas kek dan diratakan ke seluruh pemukaan kek.
  6. Hiaskan Kinder Bueno, strawberi, pic dan anggur ke atas kek mengikut kreativiti masing-masing.

victorian chocolate mud cheesecake 1

victorian chocolate mud cheesecake 2

victorian chocolate mud cheesecake 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber: Norman Bin Mahmun [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)