Kek mentega merupakan sejenis kek kegemaran ramai yang paling ringkas dimana ia hanya menggunakan mentega tulin. Jika menggunakan marjerin, hasilnya pasti akan menjadi berbeza dari segi tekstur dan rasa.

Anda juga boleh menjadikan menu ini polos dengan taburan kekacang seperti badam, biji labu dan walnut sebagai hiasan. Ia pastinya akan menjadi lebih enak jika rasa lembut dan wangi mentega dinikmati dengan gigitan kekacang yang rangup.

Kek Mentega (Butter Cake)

kek mentega

Bahan-bahan A:

  • Marjerin planta (250g)
  • Mentega (50g)
  • Gula kastor (130g)
  • Gula aising (icing sugar) (100g)

Bahan-bahan B (satukan dan diayak):

  • Tepung gandum (250g)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)

Bahan-bahan C:

  • Telur gred A (5 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan bahan A dalam pengadun dan putar adunan sehingga menjadi putih. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan terus putar sehingga sebati.
  2. Kemudian, tambahkan esen vanila.
  3. Tuangkan bahan B ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan perlahankan kelajuan pengadun.
  4. Setelah semuanya sebati, bolehlah dimasukkan ke dalam loyang saiz 8' yang telah dilapik dengan kertas minyak.
  5. Bakar suhu 150'c dalam masa 40-45 minit atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing.

kek mentega 1

kek mentega 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Fifie Aziz [1, 2]

2. Citarasawan (citarasawan.blogspot.com) [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)