Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Vadai atau juga dipanggil sebagai vada, wada, vade (disebut 'Wah-dei'), adalah sejenis hidangan orang India selatan.

Terdapat dua jenis vadai iaitu masala vadai yang diperbuat dari dal dan kentang.

Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Sebuah jenis lagi ialah ulundu vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai bentuk roda dengan lubang di bahagian tengah.

Ulundu vadai lazimnya lebih enak jika dinikmati dengan chutney atau kuah kari.

Vadai hendaklah digoreng dengan minyak masak yang banyak.

 

Vadai (Masala Vadai)

 

Bahan-bahan:

  • Kacang dal - pemilik resepi beli RM1.50
  • Bawang (1 biji) - dipotong dadu
  • Jintan manis (1 sudu besar)
  • Cili kering - dipotong kecil-kecil
  • Daun kari (3 tangkai)

 

Cara-cara membuat:

1. Rendam kacang dal selama 3 jam.

2. Kemudian, kisar halus kesemuanya. Tinggalkan segenggam sahaja yang tidak dikisar untuk dicampur sekali dengan yang dikisar.

Tips: Ketika kisar, air jangan terlalu banyak.

3. Toskan airnya dan boleh gaul sebati semua bahan-bahan. Perasakan garam, gula sedikit dan Ajinomoto.

4. Tunggu selama sejam, baru boleh goreng. Siap.

 

Nota: Ia lebih lazat jika dinikmati sewaktu masih panas. Sewaktu menggoreng, baunya harum semerbak.

 

Resepi Bonus: Vadai Versi Cucur

vadai versi cucur

 

Bahan-bahan:

  • Kacang dal (1 cawan) - 200gm
  • Tepung beras (1/2 cawan) - 60gm
  • Serbuk penaik (1/4 sudu kecil)
  • Bawang besar (1 biji) - didadu
  • Cili merah (1 biji) - dihiris halus
  • Daun kari (1 tangkai) - dihiris halus
  • Jintan manis (1 sudu kecil) - ditumbuk
  • Garam (1/2 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Cuci dan rendam kacang dal selama 4 jam atau semalaman.

2. Toskan dan kisar kering separuh hancur.

3. Masukkan bawang, daun kari, cili merah dan jintan manis. Gaul rata.

4. Dalam bekas lain, satukan tepung beras, serbuk penaik dan garam. Kacau rata.

5. Tuang dalam bekas kacang dal dan gaul sebati.

6. Sekiranya perlu, tambah air (1 sudu besar) jika adunan kelihatan kering.

7. Sudukan atau jemput menggunakan tangan. Goreng sehingga perang dan garing.

 

Sumber:

1. EiTa EMi [1, 2]

2. Nor Izan Mustapa [1, 2]

3. Wikipedia Vadai




Hakcipta iluminasi.com (2017)