Tart telur merupakan sejenis pencuci mulut terkenal yang mempunyai rasa sedikit manis. Jika perlu, kandungan gulanya perlu dikurangkan.

Menghasilkan tart telur yang cantik sebenarnya agak sukar. Malah, tart shellnya juga boleh menjadi lemau. Tart telur boleh dibuat dalam saiz kecil atau besar.

Antara cabarannya ialah kesukaran untuk mendapatkan inti (filling) telur yang cantik dari segi warna dan licin. Jika tidak kena caranya, ia boleh menjadi melengkung, pecah, merekah atau hangus di bahagian tepi sekeliling shell tersebut.

Tart Telur (Egg Tart)

tart telur

Bahan-bahan kulit tart (crust):

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Marjerin (1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Garam (secubit)

Bahan-bahan inti (filling) tart:

  • Susu pekat (1/2 cawan)
  • Telur (3 biji)
  • Tepung kastard (1 sudu besar)
  • Air (1/2 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Pewarna kuning (sedikit)

Cara-cara penyediaan:

  1. Adun semua bahan-bahan kulit tart sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  2. Bentukkan doh mengikut acuan tart masing-masing.
  3. Campurkan semua bahan-bahan inti (filling) tart dan gaul sekata.
  4. Tuang inti (filling) tart ke atas kulit tart yang telah dibentuk.
  5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 20-25 minit.

tart telur 1

tart telur 2

tart telur 3  

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Empayar Annur [1, 2]

2. World Tourism Group (may.worldtourismgroup.com) [12]

3. Resepi Kehidupanku (ainkamal.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)