Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kek keju (cheesecake) Nutella merupakan sejenis pencuci mulut yang terdiri daripada tiga kombinasi rasa dan mempunyai tekstur yang cantik di bahagian atas. Untuk membeli Nutella cheesecake di pasaran, anda mungkin perlu berbelanja sehingga RM120 untuk sekilogram.

Untuk keju krim (cream cheese), terdapat pelbagai pilihan jenama antaranya seperti Philadelphia dan Tatura. Terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua jenama ini dari segi tekstur, warna dan rasa.

Untuk Philadelphia, adalah lebih baik jika anda membelinya dalam kuantiti yang banyak untuk berjimat. Untuk basenya pula, anda juga boleh menggunakan Oreo.

Kek Keju Nutella Mini (Mini Nutella Cheesecake)

Bahan-bahan base:

  • Biskut Digestive aau Graham Cracker (100g) - dihancurkan
  • Gula kastor (15g)
  • Mentega (65g) - dicairkan
  • Cawan kertas (paper cups)
  • Dulang muffin (muffin tray)

Bahan-bahan cheesecake:

  • Cream cheese (500g)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Telur gred A (2 biji)
  • Gula kastor (1/2 cawan)
  • Nutella

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan biskut crumb yang telah dihancurkan dengan gula kastor dengan mentega sehingga sebati.
  2. Dengan anggaran 1 sudu besar adunan biskut crumb, masukkan ke dalam paper cup yang telah disusun di dalam muffin tray. Tekan sehingga padat dan simpankan sementara di dalam peti sejuk.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 160'c.
  4. Pukul cream cheese, esen vanila dan gula kastor sehingga sebati dengan pengadun.
  5. Masukkan telur satu demi satu dengan kelajuan perlahan sehingga rata.
  6. Sudukan adunan cream cheese ke dalam paper cup tadi.
  7. Bakar selama 25-30 minit bergantung kepada ketuhar masing-masing.
  8. Paipkan Nutella ke atas cheesecake tadi dan sedia untuk dihidang.

mini nutella cheesecakes 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Danish Harraz [1, 2]

2. SweetieSaQi (sweetiesaqi.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)